Wednesday, April 29, 2015
Sumber Kayu Pain
Semua set tangas keluaran Janaherba sekarang diperbuat daripada kayu pain iaitu sejenis kayu yang kuat, ringan dan wangi. Berbanding dengan kayu balau yang walaupun kuat tetapi agak berat dan oleh kerana pengguna dan pengusaha spa adalah para wanita maka langkah ini adalah tepat untuk mereka. Kami telah berjaya mendapat bekalan kayu pain dari New Zealand dan bekalannya insyaallah akan sentiasa ada. Selain dari kuat, ringan dan wangi, kayu pain mempunyai sifat yang boleh menyerap lebihan haba ketika bertangas atau bersauna, oleh itu walaupun panas pengguna tetap merasa nyaman.
Saturday, April 25, 2015
Memilih Set Tangas - buatlah pilihan yang bijak
Kepada semua pembaca yang dihormati
Membeli Set Tangas adalah ibarat pembelian sekali seumur hidup. Kita tidak membelinya selalu dan tidak juga kerana harganya yang murah. Kita membelinya kerana fungsinya yang praktikal dan set tangas yang dibeli boleh dipakai hingga ke tua dan boleh digunakan oleh anak cucu kita juga. Oleh itu memilih set tangas yang baik adalah perlu supaya ianya tidak membazir wang dan memudaratkan kesihatan. Sekarang ini Set Tangas banyak dibuat daripada pelbagai bahan. Ini termasuklah kayu solid, plywood, MDF, besi, seramik dan plastik dan terdapat juga pelbagai rekaan yang dirasakan dapat memenuhi citarasa pengguna. Kerana kepelbagaian tersebut Jana Herba terpanggil untuk memberi sedikit panduan untuk memilih set tangas yang baik.
Disini ada beberapa panduan yang boleh diberi perhatian sebelum membuat keputusan untuk membeli set tangas.
1. Bahan Kayu asli
Membeli set tangas adalah paling baik daripada kayu asli dan bukan kayu yang telah dproses seperti Plywood dan MDF apalagi daripada bahan plastik seperti bangku plastik atau besi.
Kayu yang digunakan oleh Jana Herba adalah jenis Pain yang diimpot. Kayu pain adalah kuat, ringan dan wangi. Ianya amat sesuai untuk tangas/sauna kerana ianya boleh menyerap lebihan haba. oleh itu walaupun panas tapi tetap rasa nyaman.
2. Kekuatan Set Tangas
Set Tangas dipakai oleh mereka yang pelbagai berat badannya. Ada yang ringan dan ada yang berat hingga 100kg lebih. Oleh itu kekuatan sesebuah set tangas sangat perlu. Set Lengkap Bertangas dan Set Tangas A1 keluaran Jana Herba dibentuk dengan urat kayu yang menegak. Digam dan diskru rapat. Kemudian dikepit dengan dua batang kayu yang mana kekuatan setiap panel kayu digandakan.
3. Alas Duduk yang Inovatif
Sekali lihat ianya seperti bentuk jamban. Mengapa ianya dibentuk sebegitu?.
Kebanyakan Set Tangas hanya mempunyai lubang ditengahnya. Pengguna hanya dapat duduk ditepi lubang tersebut menyebabkan punggung sudah semakin kebelakang. Ini mengakibatkan badan sudah tidak seimbang dan boleh terbalik kebelakang. Dengan Set Sauna Jana Herba kami mengkaji bagaimana pengguna boleh duduk ketengah yang mungkin supaya badan lebih seimbang dan hasilnya adalah seperti dalam rajah. Lubang kecil dibelakang juga ada peranannya. ianya berfungsi untuk mencegah buasir. Ianya boleh mengecutkan buasir apabila kita melakukan
"senaman kagel". Untuk info hanya set tangas dari Jana Herba Enterprise sahaja yang mempunyai bentuk seperti ini dan dipersetujui oleh Doktor dan Pengusaha Spa.
4. Tidak dicat atau shellec
Set Tangas Jana Herba tidak dicat atau disapu shellec kerana bahan tersebut boleh mengeluarkan toksid apabila dipanaskan. Kami hanya menggunakan minyak kayu untuk menampakkan struktur kayu. Walaupun cantik menjadi keutamaan tetapi tidak mengabaikan aspek kesihatan dan tidak mengunakan bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Untuk memartabatkan sesuatu kaedah bukanlah mudah. Ianya memerlukan kajian yang teliti dan yang pentingnya ia memberi manfaat kepada pengguna. Semoga dengan perkongsian panduan ini dapat kita memartabatkan kaedah bertangas ini seiring dengan kaedah lain seperti berurut, berbengkung, bertungku dan mandiwap khasnya untuk para ibu-ibu lepas bersalin dan secara amnya untuk semua pengguna yang mementingkan kesihatan.
Untuk lebih info bolehlah hubungi:
Ahmad Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB9),
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
emai: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com
Labels:
alas duduk XL,
amalan untuk sihat dan langsing,
Batu sungai,
bertangas,
buang toksid,
elok untuk wanita dalam pantang,
kabin kayu pain,
Kain Sarong Tangas,
mengecutkan rahim,
periuk tanah,
ramuan tangas semporna,
Set Lengkap Bertangas,
Set Tangas,
Tangas basah,
Tangas Kering
Subscribe to:
Posts (Atom)