Wednesday, October 24, 2018

Alas Kaki Bertungku 2.0






Alas kaki bertungku 2.0 keluaran Janaherba kali ini lebih beroreantasikan pengguna dengan binaan alas kakinya lebih kecil untuk dipakai hanya seorang pada satu masa. Ini berbeza dengan Alas Kaki Bertungku keluaran terdahulu yang besar. Dengan mengecilkan saiznya kami dapat mengurangkan harganya lebih daripada separuh iaitu dari RM180 ke hanya RM88 sahaja. 
Manakala bahan kayunya adalah daripada kayu penaga yang semulajadi berubat yang telah menjadi asas kepada semua produk Janaherba. Ini bermakna pengguna mendapat dua kebaikan iaitu harga yang lebih murah dan buatan daripada kayu penaga.
Alas Kaki Bertungku 2.0 ini didatangkan dengan dua batu sungai yang lebih besar untuk bertungku refleksologi yang lebih lama dan disertakan juga kain balutan untuk membalut batu tungku supaya boleh bertungku pada bahagian peha, perut, pinggang atau bahagian lain yang difikirkan perlu.
Sebagai mana yang kita tahu bertungku refleksologi boleh menyahkan toksid yang terkumpul pada bahagian bawah tubuh kita iaitu kaki. Dengan bertungku toksid akan keluar melalui najis dan peluh menjadikan pengaliran darah lebih lancar. Bertungku juga akan dapat mencegah sembab air dan sembab angin seterusnya dapat mengecutkan bengkak.



Cara penggunaan:
- Panaskan kedua-dua batu sungai dengan api yang cukup perlahan kira kira 10 minit. letakkan batu pada alas kaki dan tunggu kepanasan sesuai untuk bertungku. Lebih elok jika dialas dengan daun mengkudu, daun lengkuas atau daun lempoyang.
- untuk bertungku pada bahagian perut atau bahagian lain balut batu yang panas (lebih elok batu panas tersebut dibalut dengan daun dahulu) dengan kain balutan yang dibekalkan dan balut (bengkung) pada bahagian yang memerlukan.

Batu yang panas boleh memberi kesan kepada kayu atau kain. Oleh itu kami mencadangkan supaya batu dialas dahulu dengan "aluminium foil" yang boleh dibeli di kedai barangan dapur.

Dengan harganya yang murah, dibuat daripada kayu penaga, batunya yang lebih besar dan disertakan dengan kain balutan, Alas Kaki Bertungku 2.0 adalah belian yang sangat berbaloi.

Untuk menempah unit anda, bolehlah hubungi:

call,SMS, Whatsapp : 012-6963987

Blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete