Saturday, October 6, 2018

Kabin Mandiwap Herba 2.0




Kabin Mandiwap Herba 2.0 terbaru keluaran Jana Herba diperbuat daripada kayu Penaga dan rangka daripada kayu balau. Kami menggunakan kayu penaga kerana kayu penaga adalah semulajadi berubat. Daripada kayunya, kulit kayu, akar, daun dan bunga semuanya mempunyai peranan untuk kesihatan kita (perkara ini telah diulas pada artikel yang lepas)
Dahulu kami menggunakan kayu pain adalah kerana tiada pembekal yang boleh membekalkan kayu penaga dengan kuantiti yang banyak. Tetapi apabila ada pembekal yang konsistan maka kami telah menggunakan kayu penaga untuk semua produk kami termasuklah Kabin Mandiwap Herba.









Kabin mandiwap herba dihasilkan setelah melalui proses R&D (Penyalidikan dan Pembangunan) yang lama. Menepati anatomi manusia dan unsur unsur ergonomik supaya pengguna mendapat manfaat yang optimum.

Advantej penggunaan Kabin Mandiwap Herba keluaran Jana Herba
- keseluruhan sesi mandi wap herba yang boleh dikendalikan oleh pengguna sendiri
- ketinggian tempat duduk boleh laras untuk pelbagai saiz penguna.
- dilengkapi dengan "armrest" dan "backrest"
- mempunyai takung lebihan air yang senang dibersihkan
- Wap yang keluar adalah sekata keseluruh kabin
- mempunyai serkup kepala untuk wap herba sampai ke kulit kepala
- wap panas herba yang nyaman dan tidak memeritkan









Manfaat Mandiwap Herba:
- Pembersihan terperinci kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
- Mengurangkan berat badan dan mengelakkan sembab dengan pembakaran lemak dari luar.
- Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury
- Mengembalikan sistem badan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.
- Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sedi, sengal sengal tulang dll.
- Meningkatkan sistem kardiovaskular
- Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan sisem imunisasi badan
- Meningkatkan tahap metabolisma tubuh
- Membuang sel sel mati
- Mengurangkan paras kolesterol.
- Meningkatkan stamina dan fizikal badan
- Menyegar dan membersihkan kulit
- Mencegah ketegangan otot

Perbandingan mandiwap (sauna) dengan kegiatan sukan yang lain
- Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400 - 600 kalori
- Erobik selama 30 minit membakar 400 kalori.
- Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori
- jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
- Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Untuk amalan kesihatan
- 15 hingga 20 minit setiap kali bersauna
- seminggu 1 atau 2 kali sudah memadai
- Minum banyak air mineral/masak secukupnya sebelum dan selepas bersauna, dan
- Makanlah banyak buah-buahan selepas bersauna.









Kabin Mandiwap Herba 2.0
Harga Kabin Mandiwap Herba keluaran jana Herba ialah RM2,800. Harga ini adalah berpatutan dengan harga kayu penaga, pertukangan dan pembuatan yang teliti dan nilai matawang sekarang.
Jana Herba memahami dengan kadar harga tersebut tidak semua berjaya untuk memilikinya walaupun sedar akan manfaatnya yang besar kepada kesihatan tubuh.

Anda boleh memiliki Kabin Mandiwap Herba keluaran Jana Herba ini dengan RM280.00* sahaja. Bagaimana?










Dengan sistem pemilikan barangan cara orang orang Melayu iaitu sistem KUTU

Ramai telah mengesyorkan supaya diadakan sistem KUTU untuk para pengguna memiliki Kabin Mandiwap herba yang bermanfaat ini.
Jana Herba adalah pengeluar untuk set set bertangas dan bersauna dan kami masih lagi seperti itu sejak sekian lama. Untuk sistem KUTU ini Jana Herba ingin berkolaborasi dengan para pembeli untuk melaksanakannya.
Jana Herba ingin melantik pengendali sistem KUTU atau dipanggil Ibu untuk mengendalikan sistem kutu setempat.
sistem ini dinamakan i-KUTU
Ini bermakna sesiapa saja boleh menjadi Ibu kepada i-KUTU ini. 

Daftar segera sebagai Ibu i-KUTU setempat dan nikmati faedah faedah*nya.

Para pembeli yang ingin turut serta sistem ini akan berasa yakin kerana Ibu i-KUTU direkodkan data peribadinya dan diberi nombor i-KOD. Jadi para peserta boleh meminta nombor i-KOD Ibu dan boleh whatsapp kepada Jana Herba untuk kepastian.

Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi:
En. Tarmizi (bahagian jualan dan promosi)
Tel/SMS/Whatsapp : 012-6963987

blogspot : bertangasdanmandiwap.blogspot.com

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete