Sunday, April 17, 2016

Kenaikan harga Kain Sarung Tangas - ambillah peluang selagi ada

Kami selalu mendapat harga yang munasabah daripada pembekal kain belacu yang kami gunakan untuk membuat kain sarung tangas. Sejak pertengahan tahun lepas kain belacu telah naik sehingga 25% dan kami berusaha untuk mengekalkan harganya iaitu rm48.

Tetapi sekarang dengan cabaran lain yang pelbagai kami terpaksa menaikkan harga Kain Sarong Tangas kepada rm55 dan harga ini diharap dapat menampung operasi yang semakin meningkat.

 Untuk info kenaikan ini akan berkuatkuasa 15 Mei 2016 lebih kurang sebulan dari sekarang. Ini kerana kami ingin memberi peluang kepada pengguna yang belum memilikinya atau para agen kami untuk menambah stok dan menjualnya dengan harga rm55 selepas 15 Mei 2016.




Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba Ent lebih besar daripada kain pelikat atau kain batik dan ada getah pencerut yang membolehkan pengguna memakainya pada paras pinggang atau paras leher.

Memakai Kain Sarung Tangas amat perlu semasa sesi bertangas kerana dapat memanfaatkan semua wap herba untuk kebaikan bertangas. Oleh itu kami berharap agar anda semua mengambil kesempatan ini untuk memiliki kain sarung tangas.

Untuk lebih lanjut bolehlah hubungi :
Ahmad Tarmizi
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987