Sunday, May 22, 2016

Beramal sambil membeli

Kita semua berpeluang menggandakan pahala amalan kita dibulan ramadan kali ini.
Sedekah yang paling afdal adalah sedekah pada bulan Ramadan 
(HR Riwayat at-Tirmidzi)



Jualan Amal Ramadan ini adalah yang julung kali diadakan oleh Jana Herba Ent. Ini adalah sumbangan amal yang telah lama difikirkan dan sempena bulan Ramadan yang mulia inilah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

Dengan kesedaran ingin menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan beramal, Jana Herba mengadakan Jualan Amal yang memberi potongan harga kepada bakal pengguna dan sebahagian hasil jualan pula akan didermakan kepada masjid/surau dan sekolah tahfiz yang telah dikenal pasti. Jualan Amal Ramadan akan diadakan dari 23 Mei sehingga 15 Julai 2016 dan masa yang panjang ini diharap dapat memberi kesempatan kepada semua untuk menyertai program amal juga dapat mengumpul dana secukupnya.

Sempena Jualan Amal Ramadan ini pembeli akan menikmati 15% kurang daripada harga asal dan 5% lagi dari jualan ini akan didsumbangkan ke kempen Jualan Amal ini. Bermakna setiap produk akan diberi diskaun 20%. Segala perkembangan akan diwar-warkan dalam blog dan facebook kami.

Jana Herba Ent telah mengeluarkan set-set bertangas, bersauna dan bertungku semenjak 2008 lagi. Antara barangan kami ialah Set Lengkap Bertangas, Set Tangas A1, Set Tangas Cleopatra, Set Tangas Ezi, ramuan Maharani, ramuan Sauna Segar,Kain Sarung Tangas, Kabin Mandiwap Herba dan Alas Kaki Bertungku. Semua produk ini terlibat dengan Jualan Amal Ramadan.

Sila call/sms/whatsapp : 012-6963987 untuk menyertai Jualan Amal Ramadan ini.

Semoga tercapai hasrat kita dalam menjayakan Jualan Amal ini dan kepada pembaca semua marilah berkongsi pahala dengan "Share" dan "Viral"kan Promosi ini.


Daripada pihak pengurusan
Jana Herba Enterprise
15. Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB7),
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com



Thursday, May 19, 2016

Adakah Kayu tropika sesuai untuk set tangas?

Dan mengapa kami di Jana Herba bersusah payah untuk mencari kayu pain untuk membuat set set tangas, kabin mandiwap dan sebagainya.

Katika Jana Herba mula mencipta set tangas moden kira kira 8 tahun lalu kami menggunakan kayu tropika iaitu kayu balau dan chengal. Ini adalah kerana kayu tersebut kuat dan tahan air.

Setelah masa berlalu dan pengetahuan pun bertambah maka kami beralih kepada kayu pain yang diimpot dari luar negara... mengapa?

Bertangas maupun mandiwap adalah kaedah rawatan kesihatan menggunakan wap herba dan kayu yang paling sesuai untuk kaedah ini ialah kayu pain yang digunakan diseluruh dunia. Kayu pain juga kuat dan tahan air dan ianya ada faktor lain yang penting iaitu ringan dan wangi.

Kebanyakan pengguna set set tangas adalah wanita dan mereka sering mengeluh kerana berat set tangas daripada kayu tropika lebih kurang 8kg. Apabila set tangas kami dibuat daripada kayu pain beratnya hanya lebih kurang 3kg dan ini amat menggembirakan pengguna.

Selain ringan kayu Pain juga wangi dan bau wangi tersebut terletak pada mata kayu yang banyak pada kayu pain. Di eropah mereka menggunakan wangian kayu pain untuk pelbagai produk seperti sabun, pewangi rumah dan sebagainya.

Tapi apa yang lebih penting dan membuatkan seluruh dunia menggunakan kayu pain untuk kaedah ini ialah kebolehan kayu pain untuk menyerap kepanasan yang menyengat. kepanasan inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit tubuh pengguna dan kekadang boleh menyebabkan melepuh atau radang kulit. Kebolehan kayu pain menyerap kepanasan menyengat ini membolehkan kepanasan yang sesuai sahaja untuk tubuh. Inilah sebabnya tubuh badan dapat bertahan lebih lama dalam kabin sauna atau set tangas yang diperbuat dariada kayu pain. Hanya mereka yang telah mengalaminya saja dapat merasai perbezaannya.

Membeli Set Tangas adalah ibarat pembelian sekali seumur hidup. Kita tidak membelinya selalu dan tidak juga kerana harganya yang murah. Kita membelinya kerana fungsinya yang praktikal dan set tangas yang dibeli boleh dipakai hingga ke tua dan boleh digunakan oleh anak cucu kita juga. Oleh itu untuk memilih set bertangas atau kabin mandiwap pilihlah yang diperbuat daripada kayu pain.