Wednesday, October 24, 2018

Alas Kaki Bertungku 2.0






Alas kaki bertungku 2.0 keluaran Janaherba kali ini lebih beroreantasikan pengguna dengan binaan alas kakinya lebih kecil untuk dipakai hanya seorang pada satu masa. Ini berbeza dengan Alas Kaki Bertungku keluaran terdahulu yang besar. Dengan mengecilkan saiznya kami dapat mengurangkan harganya lebih daripada separuh iaitu dari RM180 ke hanya RM88 sahaja. 
Manakala bahan kayunya adalah daripada kayu penaga yang semulajadi berubat yang telah menjadi asas kepada semua produk Janaherba. Ini bermakna pengguna mendapat dua kebaikan iaitu harga yang lebih murah dan buatan daripada kayu penaga.
Alas Kaki Bertungku 2.0 ini didatangkan dengan dua batu sungai yang lebih besar untuk bertungku refleksologi yang lebih lama dan disertakan juga kain balutan untuk membalut batu tungku supaya boleh bertungku pada bahagian peha, perut, pinggang atau bahagian lain yang difikirkan perlu.
Sebagai mana yang kita tahu bertungku refleksologi boleh menyahkan toksid yang terkumpul pada bahagian bawah tubuh kita iaitu kaki. Dengan bertungku toksid akan keluar melalui najis dan peluh menjadikan pengaliran darah lebih lancar. Bertungku juga akan dapat mencegah sembab air dan sembab angin seterusnya dapat mengecutkan bengkak.



Cara penggunaan:
- Panaskan kedua-dua batu sungai dengan api yang cukup perlahan kira kira 10 minit. letakkan batu pada alas kaki dan tunggu kepanasan sesuai untuk bertungku. Lebih elok jika dialas dengan daun mengkudu, daun lengkuas atau daun lempoyang.
- untuk bertungku pada bahagian perut atau bahagian lain balut batu yang panas (lebih elok batu panas tersebut dibalut dengan daun dahulu) dengan kain balutan yang dibekalkan dan balut (bengkung) pada bahagian yang memerlukan.

Batu yang panas boleh memberi kesan kepada kayu atau kain. Oleh itu kami mencadangkan supaya batu dialas dahulu dengan "aluminium foil" yang boleh dibeli di kedai barangan dapur.

Dengan harganya yang murah, dibuat daripada kayu penaga, batunya yang lebih besar dan disertakan dengan kain balutan, Alas Kaki Bertungku 2.0 adalah belian yang sangat berbaloi.

Untuk menempah unit anda, bolehlah hubungi:

call,SMS, Whatsapp : 012-6963987

Blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Thursday, October 11, 2018

Katil Urut Melayu

Urutan Melayu adalah unik. Urutan melayu berkesan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan terkesan dari kulit hingga ke tulang. Seorang tukang urut melayu mesti mempunyai tenaga kerana bukan saja menggosok tapi sambil menekan dan mencari punca urat hinggalah sampai melipat tubuh badan "mangsa". Tukang urut melayu juga bukan hanya menggunakan jari tetapi juga buku lima, tapak tangan dan siku.

Katil urut yang terdapat dipasaran adalah tinggi dan diperbuat daripada besi. Banyak kes yang menyebabkan kaki katil patah dan ketinggian katil juga didapati tidak sesuai dengan cara urutan melayu.

Oleh itu tukang urut melayu memerlukan katil urut khas yang sesuai dengan cara urutan melayu. 


Kini Jana Herba memperkenalkan KATIL URUT MELAYU


Katil Urut Melayu adalah produk terbaru keluaran kami yang mana dijangka dapat memenuhi kehendak tukang urut melayu kerana produk ini adalah juga permintaan mereka. Antara perkara yang direalisasikan pada katil urut melayu kami ialah:
1 Diperbuat daripada 100 peratus kayu Penaga. Seperti yang diketahui kayu penaga penuh khasiat dan aura kayu ini dipercayai boleh diserap oleh tubuh. 
2. binaan yang kuat. Ini adalah perkara yang paling dititikberatkan kerana itu kami menggunakan paku, gam kayu dan sktu untuk ketahanan. Mempunyai 6 kaki katil yang tidak dijumpai dimana mana buatan katil yang sekecil ini. Ini kerana kami ingin memastikan kekuatan dan ketahanan apabila dua orang sekali berada diatas iaitu semasa tukang urut meregang dan melipat badan pelanggan.


3. Bahagian atas katil boleh dilipat dan didirikan sebagai penyandar dan bahagian bawah boleh dilipat sedikit untuk menaikkan lutut. posisi ini bagi memastikan punggung tidak menggelongsor kedepan. Posisi ini juga berguna bagi mengurut hanya bahagian kaki (foot reflexology)

Oleh itu Katil Urut Melayu adalah pilihan anda sekarang. Harga yang kami tawarkan adalah RM1650. Untuk tawaran pengenalan ini kami menghadiahkan satu unit bangku comel tukang urut.

Kepada yang merasakan katil ini sangat berfaedah, tempahlah unit anda sekarang juga...

Untuk menempah bolehlah hubungi:
En. Tarmizi (bahagian jualan dan promosi)
Tel/SMS/Whatsapp : 012-6963987
blogspot : bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Saturday, October 6, 2018

Kabin Mandiwap Herba 2.0




Kabin Mandiwap Herba 2.0 terbaru keluaran Jana Herba diperbuat daripada kayu Penaga dan rangka daripada kayu balau. Kami menggunakan kayu penaga kerana kayu penaga adalah semulajadi berubat. Daripada kayunya, kulit kayu, akar, daun dan bunga semuanya mempunyai peranan untuk kesihatan kita (perkara ini telah diulas pada artikel yang lepas)
Dahulu kami menggunakan kayu pain adalah kerana tiada pembekal yang boleh membekalkan kayu penaga dengan kuantiti yang banyak. Tetapi apabila ada pembekal yang konsistan maka kami telah menggunakan kayu penaga untuk semua produk kami termasuklah Kabin Mandiwap Herba.









Kabin mandiwap herba dihasilkan setelah melalui proses R&D (Penyalidikan dan Pembangunan) yang lama. Menepati anatomi manusia dan unsur unsur ergonomik supaya pengguna mendapat manfaat yang optimum.

Advantej penggunaan Kabin Mandiwap Herba keluaran Jana Herba
- keseluruhan sesi mandi wap herba yang boleh dikendalikan oleh pengguna sendiri
- ketinggian tempat duduk boleh laras untuk pelbagai saiz penguna.
- dilengkapi dengan "armrest" dan "backrest"
- mempunyai takung lebihan air yang senang dibersihkan
- Wap yang keluar adalah sekata keseluruh kabin
- mempunyai serkup kepala untuk wap herba sampai ke kulit kepala
- wap panas herba yang nyaman dan tidak memeritkan









Manfaat Mandiwap Herba:
- Pembersihan terperinci kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
- Mengurangkan berat badan dan mengelakkan sembab dengan pembakaran lemak dari luar.
- Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury
- Mengembalikan sistem badan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.
- Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sedi, sengal sengal tulang dll.
- Meningkatkan sistem kardiovaskular
- Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan sisem imunisasi badan
- Meningkatkan tahap metabolisma tubuh
- Membuang sel sel mati
- Mengurangkan paras kolesterol.
- Meningkatkan stamina dan fizikal badan
- Menyegar dan membersihkan kulit
- Mencegah ketegangan otot

Perbandingan mandiwap (sauna) dengan kegiatan sukan yang lain
- Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400 - 600 kalori
- Erobik selama 30 minit membakar 400 kalori.
- Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori
- jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
- Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Untuk amalan kesihatan
- 15 hingga 20 minit setiap kali bersauna
- seminggu 1 atau 2 kali sudah memadai
- Minum banyak air mineral/masak secukupnya sebelum dan selepas bersauna, dan
- Makanlah banyak buah-buahan selepas bersauna.









Kabin Mandiwap Herba 2.0
Harga Kabin Mandiwap Herba keluaran jana Herba ialah RM2,800. Harga ini adalah berpatutan dengan harga kayu penaga, pertukangan dan pembuatan yang teliti dan nilai matawang sekarang.
Jana Herba memahami dengan kadar harga tersebut tidak semua berjaya untuk memilikinya walaupun sedar akan manfaatnya yang besar kepada kesihatan tubuh.

Anda boleh memiliki Kabin Mandiwap Herba keluaran Jana Herba ini dengan RM280.00* sahaja. Bagaimana?










Dengan sistem pemilikan barangan cara orang orang Melayu iaitu sistem KUTU

Ramai telah mengesyorkan supaya diadakan sistem KUTU untuk para pengguna memiliki Kabin Mandiwap herba yang bermanfaat ini.
Jana Herba adalah pengeluar untuk set set bertangas dan bersauna dan kami masih lagi seperti itu sejak sekian lama. Untuk sistem KUTU ini Jana Herba ingin berkolaborasi dengan para pembeli untuk melaksanakannya.
Jana Herba ingin melantik pengendali sistem KUTU atau dipanggil Ibu untuk mengendalikan sistem kutu setempat.
sistem ini dinamakan i-KUTU
Ini bermakna sesiapa saja boleh menjadi Ibu kepada i-KUTU ini. 

Daftar segera sebagai Ibu i-KUTU setempat dan nikmati faedah faedah*nya.

Para pembeli yang ingin turut serta sistem ini akan berasa yakin kerana Ibu i-KUTU direkodkan data peribadinya dan diberi nombor i-KOD. Jadi para peserta boleh meminta nombor i-KOD Ibu dan boleh whatsapp kepada Jana Herba untuk kepastian.

Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi:
En. Tarmizi (bahagian jualan dan promosi)
Tel/SMS/Whatsapp : 012-6963987

blogspot : bertangasdanmandiwap.blogspot.com