Mandi wap atau bersauna amat popular diseluruh dunia. Negara negara eropah terutamanya telah lama menjadi sebahagian hidup mereka seharian. Finland contohnya boleh dikatakan setiap rumah mempunyai unit mandi wap sendiri. Ini termasuklah termasuklah Turki yang dipanggil Banyan. Orang Rusia dan Jepun juga menjadikan mandiwap amalan hidup mereka.
Tidak payah menoleh jauh, lihat saja di Indonesia dan Thailand, mandi wap telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Malah di Thailand Mandi Wap telah dijadikan sebahagian daripada terapi (rehab) dihospital-hospital bagi mereka yang lepas pulih dari penyakit yang berat.
DiMalaysia ceritanya sedikit berbeza, Mandi wap hanya difikirkan perlu bagi mereka yang mula menunjukkan tanda-tanda penyakit terutamanya yang 3 serangkai (Jantung, Kencing manis dan Darah tinggi). Sebenarnya mandi wap mempunyai faedah yang amat banyak untuk kesihatan kita semua termasuk lelaki dan perempuan baik yang tua maupun yang muda.
Atas kesedaran inilah Jana Herba Enterprise berusaha untuk mempopularkan kaedah mandi wap ini untuk faedah seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula negara kita memang kaya dengan pokok-pokok herba yang banyak manfaatnya kepada tubuh badan kita. Jadi dengan kaedah mandi wap inilah segala khasiat herba itu dapat digunakan.
Dibawah kami muat naikkan booklet panduan pengguna untuk Kabin Mandiwap Herba keluaran Jana Herba Enterprise. Diharap ianya amat berguna kepada anda semua
Untuk lebih info sila hubungi saya terus:
Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise (001744170-W)
15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor
Tel: 012-6963987
email: Janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com
No comments:
Post a Comment