Sunday, September 27, 2015

Kerusi tangas baru


Alhamdullillah, ianya menjadi kenyataan.

Set Tangas rekaan baru dibuat dengan niat supaya semua wanita dapat mengamalkan sesi bertangas yang bermanfaat ini. Mungkin Set Tangas yang dibuat daripada Kayu Pain sepenuhnya agak mahal. Set baru ini adalah pilihan yang tepat bagi kaum wanita.





Rekaannya yang praktikal:
Saiz - Berukuran 16" (tinggi) x 15" (lebar) x 13" (panjang). Ianya lebih besar dan tinggi daripada Set Lengkap Bertangas membolehkan mereka yang bersaiz besar boleh menggunakannya dengan selesa.
Praktikal - Boleh dilipat dan senang dibawa membolehkan para wanita melakukan sesi bertangas dimana saja (rumah, balik kampung) dan senang disimpan.
Fungsi - Pengguna boleh melakukan tangas basah, tangas kering atau tangas guna arang. Tempat duduk dan pelantar dibawahnya diperbuat daripada kayu pain supaya pengguna mendapat khasiat kayu pain. Kakinya daripada kayu balau untuk lebih kuat dan boleh menampung berat yang lebih.
Kayu pelantar dibawahnya ditinggikan supaya rapat dengan lubang tangas untuk kesan yang optimum
Option lain - Saiznya yang handy boleh digunakan sebagai bangku untuk riadah luar, memancing, perkhemahan dan perkelahan. Ringan dan senang dibawa walaupun oleh kanak-kanak.




Harga sebuah Set Tangas Baru ini ialah RM260, lengkap dengan kerusi tangas daripada kayu Pain dan Balau dan diberi jaminan kilang 1 tahun, Periuk Tanah dan Batu Sungai.

dan... Janaherba selalu mengeluarkan produknya dengan harga pengenalan.

Untuk Set Tangas baru ini kami menawarkan harga pengenalannya yang sungguh murah iaitu RM195 sahaja, dan ianya hanya untuk 50 unit pertama. Pengguna perlu membeli 2 UNIT  untuk mendapatkan harga ini. 

Oleh itu pakat pakatlah dengan rakan taulan, jiran tetangga dan saudara mara untuk sama-sama mendapat faedah daripada tawaran kami ini. Set Tangas Baru ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan dan mendapat cahaya mata.

Set Tangas baru ini masih belum diberi nama. Anda boleh memberi nama set baru ini dan berpeluang memenangi 1 unit set tangas baru ini. Sila SMS atau Whatsapp ke nombor 012-6963987.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang kita usahakan... Amin

Untuk ketarangan lanjut bolehlah hubungi:

Ahmad Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
No. 15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung, Rawang
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog:  http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Sunday, September 20, 2015

Rahsia Kayu Pain - Khasiat dan kebaikan

Sejak zaman dahulu, masyarakat di negara eropah telah menggunakan minyak dari pokok kayu pain untuk penyembuhan dan kesihatan tubuh badan. Minyak ini terdapat diseluruh bahagian batang terutama pada mata kayu. Sesiapa yang biasa bekerja dengan kayu pain akan tahu perkara ini kerana jika terpotong bahagian mata kayu akan serta merta mengeluarkan aroma yang sangat kuat. Aroma ini bukan saja wangi bahkan sangat menenangkan apabila terhidu.

Itulah sebabnya kayu pain sangat sesuai untuk tujuan bersauna atau bertangas. Kabin atau bangku tangas sangat terdedah kepada air dan oleh itu memerlukan kayu yang tahan lasak.Kayu pain mengeluarkan minyak pain dan tidak menyerap air tetapi akan kembang sedikit apabila terdedah kepada air. Ini adalah normal kerana kayu pain akan bertindakbalas dengan keadaan sejuk atau panas dan kembali seperti biasa selepas itu.

Tidak seperti kayu getah yang akan mereput apabila terdedah kepada air. Kayu getah hanya untuk perabut yang tidak terdedah kepada air (perabut dalam rumah). Kayu dikeringkan terlebih dahulu supaya tiada kandungan air didalamnya kerana kayu getah sensitif kepada air. Sila rujuk FRIM dibawah tajuk pengeringan HTD.

Khasiat minyak kayu pain

- membantu merawat psoriasis, jerawat, ekzema dan kudis
- Mengurangkan keradangan pundi hempedu dan kejadian batu karang
- Merangsang kekerapan dan kualiti air kecil
- ubat yang baik untuk sakit sendi, arthritis dan keradangan
- Meningkatkan metabolisme dan kesihatan mata
- Ubat semulajadi untuk jangkitan saluran kencing
- Membantu merawat bisul, luka, kecederaan sukan n kaki makan air
- membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, batuk n sejuk
- digunakan untuk membuat minyak wangi n produk wangian

dengan ehsan : organicfacts.net
dibawah tajuk : https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/pine-essential-oil.html

Wednesday, September 9, 2015

Ini sungguh memalukan

Salam Sejahtera

Ketika kami memulakan Perniagaan berlandaskan kaedah penguwapan herba kira-kira 8 tahun lalu, niat kami ialah untuk mempromosikan kaedah ini bukan saja pada budaya kita malah kepada kaum lain juga. Nampaknya perkara tersebut telah menarik minat pihak lain juga.

Kami tidak kisah dengan persaingan tetapi tidak sampai menciplak hasil kerja kami.

Apa yang kami dapati didalam blog Allincorner sungguh menjengkelkan dan tidak beretika. Bermula dengan memuat naik gambarajah bertangas yang kami hasilkan (dengan kaedah software Illustarator) hinggalah menciplak Set Tangas kami.

Ketika Allincorner memuat naik gambar bertangas kami masih bersabar atas nama mempromosikan kaedah bertangas. Gambar tersebut dimuat naik tanpa meminta kebenaran dari pihak kami dan tidak sedikit pun kredit yang diberi malah diletak pula nama blog dan nombor telefon - sungguh menjengkelkan

 Sekarang Allincorner pergi lebih jauh lagi dengan menciplak Set Tangas yang telah kami reka.
Set Tangas ini dari segi rekabentuknya serupa dengan Set Tangas kami tetapi bahannya berlainan. Kami menggunakan Kayu Pain yang diimpot yang amat sesuai dengan kaedah penguwapan herba. Set tangas Allincorner menggunakan kayu meranti yang boleh didapati di kedai hardware. Malah ia bukanlah kayu meranti biasa tetapi kayu meranti "finger joint"yang menggunakan "resin glue" untuk menyambungnya. Resin glue akan mengeluarkan "chemical reaction" apabila dipanaskan dan ini merbahaya kepada kesihatan.

Kami berharap perkara yang menjengkelkan dan tidak langsung beretika ini segera dihentikan sebelum tindakan lanjut diambil. Ada banyak cara untuk berniaga yang diredhai Allah dengan tidak menganiaya sesama islam.

Sekian...

Wednesday, September 2, 2015

Penjagaan Set Tangas


Set Tangas yang anda beli sebenarnya sangat berharga. Ia barangan personal anda yang akan menceriakan hidup anda. Jika anda menjaganya dengan baik ia juga akan menjaga anda dengan baik. 
Marilah kita mempraktikkan cara cara penjagaan set tangas yang telah anda beli.
Penjagaan ini adalah selepas anda memakainya:
1. Seelok-eloknya basuhlah set tangas anda.
2. Setelah dipakai/dibasuh simpan ditempat yang kering dan dingin. maknanya jangan terdedah kepada sinaran matahari dan jauhkan dari punca air.
3. Hindarkan persekitaran yang lembab kerana udara yang lembab juga boleh mendatangkan masalah kulapuk.
3. Ketika menyimpannya alaskan dengan kertas kotak yang tebal (seperti dalam gambar). Ini untuk menyerap lebihan air yang masih ada pada set tangas selepas anda membasuhnya.



Insyaallah dengan cara ini Set Tangas anda akan sentiasa kering, bersih, wangi dan dapat mengelak daripada masalah kulapuk.