Itulah sebabnya kayu pain sangat sesuai untuk tujuan bersauna atau bertangas. Kabin atau bangku tangas sangat terdedah kepada air dan oleh itu memerlukan kayu yang tahan lasak.Kayu pain mengeluarkan minyak pain dan tidak menyerap air tetapi akan kembang sedikit apabila terdedah kepada air. Ini adalah normal kerana kayu pain akan bertindakbalas dengan keadaan sejuk atau panas dan kembali seperti biasa selepas itu.
Tidak seperti kayu getah yang akan mereput apabila terdedah kepada air. Kayu getah hanya untuk perabut yang tidak terdedah kepada air (perabut dalam rumah). Kayu dikeringkan terlebih dahulu supaya tiada kandungan air didalamnya kerana kayu getah sensitif kepada air. Sila rujuk FRIM dibawah tajuk pengeringan HTD.
Khasiat minyak kayu pain
- membantu merawat psoriasis, jerawat, ekzema dan kudis
- Mengurangkan keradangan pundi hempedu dan kejadian batu karang
- Merangsang kekerapan dan kualiti air kecil
- ubat yang baik untuk sakit sendi, arthritis dan keradangan
- Meningkatkan metabolisme dan kesihatan mata
- Ubat semulajadi untuk jangkitan saluran kencing
- Membantu merawat bisul, luka, kecederaan sukan n kaki makan air
- membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, batuk n sejuk
- digunakan untuk membuat minyak wangi n produk wangian
dengan ehsan : organicfacts.net
dibawah tajuk : https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/pine-essential-oil.html
No comments:
Post a Comment