Sunday, March 10, 2019

Jualan Terima kasih - cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan


Diam tak diam rupanya Jana Herba telahpun beroperasi selama 12 tahun iaitu dari tahun 2007 lagi. Bermula dengan satu produk saja iaitu Set Lengkap Bertangas hinggalah sekarang kami mempunyai 13 produk yang inovatif. 
Jana Herba sentiasa bermutasi dengan kehendak pelanggan dan kerana itulah kami boleh bertahan hingga sekarang. Jana Herba sangat berterima kasih dengan sambutan pelanggan terhadap produk-produknya walaupun banyak produk yang menyerupai keluaran kami dan ada yang lebih murah tetapi mereka tetap inginkan produk jana Herba. Ini kerana produk kami terkenal dengan fungsi dan ketahanan pembuatannya.

Diatas sambutan yang memberangasangkan ini Jana Herba dengan sepenuh hati mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua pelanggan kami. Bagaimana cara kami mengucapkan terima kasih ini adalah dengan mengadakan Jualan Terima Kasih. Jadi manfaatkanlah jualan terima kasih kami ini.

Jualan Terima kasih, potongan sehingga 25%  -  Jika anda sabar anda untung lebih.

Jualan terima kasih bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami semua tak kira samada yang telah membeli atau bakal pembeli supaya mereka boleh:
1. Beralih kepada produk yang lebih baik yang berenovasi fungsinya dan ketahanan pembuatan
2. Dapat memilih produk yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka
3. Dapat memiliki produk yang terbaik tetapi dirasakan mahal sebelum ini.
4. Boleh simpan stok untuk dijual kembali dengan keuntungan yang lumayan.

Jualan Terima kasih adalah jualan "Pre order"

Jika anda berhajat untuk mendapatkan potongan sehingga 25% maka perlu ada sedikit kesabaran. Kami akan mengutamakan jualan harga biasa dahulu manakala jualan terima kasih pelanggan hendaklah menempahnya terlebih dahulu. Contoh jika anda ingin membeli Set Tangas Ezi, harga biasa ialah rm290 manakala harga promosi ialah rm218 sahaja iaitu potongan sebanyak rm72. Jadi jika anda bersetuju untuk membeli harga promosi rm218, deposit rm50 diperlukan dan kami akan buat stok baru. Apabila stok telah ada penghantaran akan segera dilakukan setelah anda bank in bakinya.
Stok yang sedia ada adalah untuk jualah harga biasa. Bermakna jika anda ingin cepat anda bayar harga biasa dan jika anda sabar maka anda akan untung lebih.

Kerana Jualan Terima kasih ini adalah jualan "Pre order" maka sedikit deposit diperlukan untuk menunjukkan komitmen anda. Setiap pesanan mestilah disertakan deposit sebagai pengesahan pesanan anda dan nilainya akan ditolak dari bayaran akhir. Dibawah disenaraikan nilai depositnya

RM10 (Serkup kepala, Ramuan Maharani, Kain Sarung Tangas, Kain Tangas Xtra, Alas Kaki Bertungku)

RM50 (Set Tangas EZi, Kerusi Tangas EZi Xtra, Set Lengkap Bertungku, Set Tangas A1, Set Tangas Cleopatra, Set Tangas Berdiri.

RM200 (Kabin Mandiwap Herba, Katil Urut Melayu)

Dibawah ini disertakan katalog Jualan untuk panduan anda. Anda juga boleh whatsapp kami untuk mendapatkan katalog jualan ini terus ke telefon bimbit anda.



Jana Herba ingin mengesyorkan supaya anda ambil kesempatan ini kerana tempahan untuk "jualan terima kasih" hanya dari 11 Mac 2019 ke 24 Mac 2019. Selepas tarikh ini kami akan tutup pesanan dan akan membuat stok baru khas kepada yang menempah "jualan terima kasih" ini

Bertindak sekarang dan dapatkan untung lebih pada Jualan Terima Kasih ini.


Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi:

Tel/SMS/Whatsapp: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

1 comment: