Sunday, August 19, 2018

Tangas Berdiri - Alami erti "terasa"

Tangas bediri adalah satu lagi opsyen untuk kaedah bertangas. Tangas berdiri memerlukan stamina yang lebih kerana pengguna dikehendaki berdiri semasa melakukannya. Ada yang mendakwa bahawa tangas berdiri lebih "terasa". Atas faktor tersebut kami mengeluarkan Set Lengkap Tangas Berdiri supaya pengguna boleh mengalami sendiri keadaan "terasa" tersebut.

Setiap Set disertakan Bangku daripada kayu penaga yang berkhasiat, periuk tanah, batu sungai yang besar, Kain Sarung Tangas yang panjang dan serkup kepala.

Cara melakukan tangas berdiri:
- Panaskan kedua-dua batu sungai dengan api yang perlahan kira-kira 20 minit.
- Ambil satu batu yang panas tadi dan letakkan dalam periuk tanah kemudian diletakkan diatas bangku kayu tadi.
- Pakai kain sarung tangas dan serkup kepala.
4. Kangkang kaki dibangku kayu tadi seperti rajah diatas. Seelok-eloknya bengkokkan sedikit kedua dua kaki. Ambil kira-kira setengah cawan air yang telah dibancuh dengan ramuan tangas dan simbah keatas batu panas tersebut. Serta merta wap panas herba akan naik dan rasailah wap tersebut sambil melakukan senaman "kagel".
- Untuk satu batu boleh simbah kali kedua dan jika tidak puas bolehlah gunakan batu panas satu lagi untuk sesi seterusnya.
- Sesi tangas berdiri ini lebih mudah jika ada yang menolong samada bidan, pembatu spa atau suami sendiri.

ERATKAN IKATAN KASIH DENGAN BERTANGAS

Selain Bertangas Set ini juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Bangkunya yang kuat boleh digunakan untuk alas duduk semasa mandian herba dan batu sungai yang besar berguna untuk bertungku.

Sempena pengenalan Set Tangas Berdiri ini kami tawarkan set ini pada harga pengenalan iaitu RM185 sahaja. Kepada para wanita yang inginkan kelainan dan merasai sendiri kelainannya diharap segera mendapatkan Set Lengkap Tangas Berdiri keluaran terbaru Jana Herba Enterprise.

Untuk sebarang urusan boleh hubungi:

Call/SMS/Whatsapp: 012-6963987