Sunday, November 26, 2017

Bertangas membahayakan kesihatan.

Bertangas membantu memulihkan kesihatan terutama kepada para ibu lepas bersalin atau wanita lepas haid. Itulah sepatutnya, tetapi oleh kerana beberapa faktor seperti kecuaian, tiada pengetahuan atau sengaja ingin mengaut keuntungan maka bertangas yang kita harapkan dapat memulihkan kesihantan rupanya membahayakan kesihatan kita pula.

Kalau anda selalu mengikuti tulisan kami sebelum ini tentu anda tahu tentang bahayanya kemasan kayu yang pelbagai dipasaran seperti cat kayu, lacquare, shelleck dan sebagainya yang digunakan keatas kayu semasa pembuatan bangku tangas supaya ianya nampak cantik.

Kami tidak akan mengulas tentang perkara ini kerana telahpun dijelaskan pada artikel yang lalu.

Kali ini kami ingin menerangkan betapa bahayanya penggunaan kayu pain dalam pembuatan bangku tangas.

Kayu pain diMalaysia terdapat dalam dua cara iaitu pengimpotan dalam bentuk tan metrik dan melalui guna semula kayu pain daripada palet.

Produk kayu yang dibawa masuk ke Malaysia samada bahan mentah atau telah dijadikan produk seperti perabut telah melalui proses rawatan kayu untuk membunuh kulat dan kutu kayu. Biasanya kami akan mendapatkan bekalan kayu pain dari pengedar sah dan disertakan sijil rawatan sekali. Kayu ini selamat digunakan.

Tetapi ada juga diantara pengusaha bangku tangas yang menggunakan kayu pain daripada sumber lain seperti palet yang terpakai. Memang harganya jauh lebih murah dan kekadang boleh didapati dengan percuma. Mungkin kerana mereka ingin membuat kerusi tangas harga murah dan pengguna rasa beruntung kerana dapat membeli kerusi tangas dengan harga murah. 

Tahukah anda kayu palet sangat tidak digalakkan dalam pembuatan kerusi tangas, Mari kami terangkan kenapa.

Kayu palet juga seperti produk lain perlu melalui proses rawatan kayu. Sebab itu pada setiap palet ada logo proses tersebut. Pada logo tersebut ada tercatat HT atau MB. 

HT - Proses Pemanasan (Heat treatment) untuk mengeringkan kayu serta membunuh kulat, kutu atau bubuk yang boleh memusnahkan kayu. Kayu yang telah melalui proses ini boleh di ulang guna (recycle)


MB - Proses penyemburan Methyl Bromide (MB). Yang ini sangat merbahaya kerana Methyl Bromide sangat beracun. Tujuan untuk membunuh apa jua kehidupan yang ada pada kayu samada ulat, hama atau pun kulat. Kayu yang telah melalui proses ini tidak boleh digunakan lagi kerana ianya sangat merbahaya kepada tubuh badan manusia.



Kebanyakan kayu palet dileraikan dulu sebelum dijual dengan harga yagn murah dan dengan logo yang telah tiada kelihatan maka status kayu tersebut tidak diketahui dan ini amat berisiko.

Ada yang menganggap bangku tangas adalah sama seperti produk perabut yang lain. Ianya sama sekali berbeza kerana bangku tangas akan melalui pemanasan berkali kali sepanjang proses bertangas. Dalam proses pemanasan ini bukan saja kebaikan dari ramuan tangas akan terbebas malah bahan beracun daripada kayu juga akan terbebas dan inilah yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita.

Kami cadangkan jika anda ingin membeli bangku tangas daripada kayu pain cuba tanya sekali sijil heat treatment. Sijil ini boleh diperolehi daripada pembekal kayu pain dan jika pengusaha itu tidak ada sijil HT maka berhati hatilah dan berfikir banyak kali sebelum membelinya.

Membeli bangku tangas bukanlah kerana cantik dan bukan juga kerana harganya yang murah. membeli bangku tangas adalah kerana fungsi dan faedahnya kepada kesihatan.

Tambahan Jana Herba telahpun menukar sumber kayu daripada kayu pain kepada kayu penaga yang semulajadi berubat (lihat artikel sebelum ini)

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.


Ikhlas daripada Jana Herba Enterprise - membuat set bertangas sejak 2007

Friday, November 17, 2017

Kayu dari pokok Penaga adalah yang paling sesuai untuk kaedah pengewapan



Sepuluh tahun dahulu apabila kami memulakan bisnes pembuatan Set Tangas kami telah pun menyedari khasiat pokok Penaga kepada kesihatan tubuh badan, tetapi pada waktu itu tiada pembekal yang boleh membekal kayu penaga dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu kami terpaksa menggunakan kayu lain seperti Balau dan Pain. Apabila ada pembekal yang boleh membekal kayu tersebut, kami merasakan ini adalah rahmat yang harus dikongsikan kepada pelanggan semua.

Ini kerana Pokok Penaga mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Dari batang, daun, akar dan bunga mempunyai unsur pengubatan yang menjadi amalan turun temurun. Contohnya kulit pokok ini sangat berkhasiat untuk para ibu lepas bersalin untuk merawat bahagian pangkal peha terutama rahim. Sebahagian spesisnya mengandungi Calanolide A yang disahkan boleh merawat kanser dan AIDS.

Oleh itu Jana Herba telah mengambil langkah proaktif menggunakan pokok Penaga bagi barisan produk bertangas dan bersauna….Khasiat Pokok Penaga, manfaatnya sama dirasa.


Untuk keterangan lanjut hubungi :
En. Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
email : janaherba@gmail.com

Wednesday, August 30, 2017

20% KECERIAAN Untuk Rakyat Malaysia




Alhamdulillah... bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia dan kami berbangga dapat memberi walau sedikit sumbangan.

Sempena Kemerdekaan kita rakyat Malaysia yang ke 60, kesempatan kita menyambut Aidil Adha dan Hari Malaysia pada 16 September ini Jana Herba Engterprise ingin menyatakan rasa bersyukur dan berkongsi kesyukuran ini bersama rakyat Malaysia dengan memberi 20 peratus potongan untuk Set Tangas A1 kami.

 Set Tangas A1 yang fungsinya pelbagai telah lama menjadi pilihan pengusaha Spa, Spa bergerak maupun pengguna persendirian.

Tawaran potongan harga ini bermula 31 Ogos hingga 16 September 2017. Kami mengesyorkan kepada semua untuk mengambil kesempatan ini yang jarang kami lakukan dan nikmati faedah bertangas yang pelbagai.

hubungi kami segera:
Tel/SMS/Whatsapp: 012-6963987
email : janaherba@gmail.com
web : bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Saturday, January 14, 2017

Adakah Kita Masih Di Zaman Batu?...


Sepuluh tahun yang lalu  Jana Herba giat mempromosikan kaedah bertangas iaitu suatu kaedah masyarakat melayu yang semakin terpinggir. Banyak artikel dan rajah yang kami hasilkan untuk memberi pemahaman sejelas boleh kepada para pengguna. Kebanyakan artikel dan rajah tersebut boleh dilihat pada blogspot terawal kami seperti janaherba.blogspot.com dan yang terkini ialah bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Ramai pengguna dan bakal pengguna telah mendapat manfaat daripada usaha kami dan memberi idea kepada pengusaha lain untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini. Untuk artikel mereka ada yang mengolah kembali artikel kami, ada yang meminta izin untuk menggunakan artikel dan gambar, tidak kurang juga yang menciplak bulat-bulat. 

Antara yang selalu diciplak ialah gambar set lengkap bertangas dan rajah bertangas dan perkara ini bebas di media sosial seperti blogspot, facebook, instagram dan sebagainya.






Atas nama mempromosikan kaedah bertangas Jana Herba boleh bertoleransi dalam beberapa perkara dan tidak dalam perkara yang melampau. 

Gambar yang kami hasilkan dibersihkan dan diletak nama dan nombor telefon mereka. Ada yang lebih "extream" mengaku mengeluarkan produk tersebut. 

Kepada yang menghubungi kami dan meminta izin diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya. Kepada mereka yang masih berfikiran Zaman Batu insaflah dan hormati hak orang lain.

Jika para pembaca melihat gambar gambar seperti diatas maka itu adalah hak eksklusif Jana Herba Enterprise dan sesiapa ingin menggunakannya harap dapat hubungi kami dan berilah sedikit kredit sebagai tanda terima kasih anda.


Sunday, December 11, 2016

Kerusi Tangas EZi Xtra - boleh lipat membuatkannya hebat


Sesiapa sahaja boleh membuat kerusi tetapi untuk kerusi yang boleh dilipat ianya memerlukan ketelitian dalam pembuatannya. Kerana itulah kerusi tangas baru kami melalui empat kali pembuatan prototaip. Ini kerana untuk memastikan setiap bahagian berfungsi dan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.





Tujuan utama pembuatan kerusi tangas yang boleh lipat adalah untuk berfungsi lebih daripada kerusi biasa dan pengguna mempunyai lebih pilihan apabila menggunakannya. Selain daripada itu ianya mudah dialih, mudah dibawa kemana mana dan mudah disimpan.





Jika anda menghargai apa yang telah kami usahakan anggaplah itu cara kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Call/SMS/Whatsapp :  012-6963987 atau 
layari : http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Monday, December 5, 2016

Kerusi Tangas EZi Xtra - rekaan yang hebat untuk para wanita





Setelah melalui R&D yang lama dan mengambil kira kehendak pelanggan yang pelbagai maka kami dapat menyiapkan sebuah kerusi pelbagai fungsi iaitu kerusi Tangas EZi Xtra.

Membuat sebuah kerusi tangas yang boleh dilipat bukanlah semudah yang disangka. Untuk set ini saja kami telah membuat 4 kali kerusi prototaip supaya setiap bahagian pada kerusi tangas ini dapat berfungsi dengan baik.




Set Bertangas Xtra



Paku Kayu 

Ada beberapa fakta yang membuatkan Kerusi Tangaas baru ini sebuah rekaan yang hebat
- pertamanya rekabentuk kerusi tangas EZi Xtra ini adalah ergonomik yang menitikberatkan struktur anatomi untuk keselesaan pengguna.
- Kayu pain digunakan untuk alas duduk, penyandar, armrest dan pelantar bawah untuk mendapat kebaikan dan manfaat kayu pain tersebut.
- Kerangka kerusi diperbuat daripada kayu balau untuk kekuatan yang optimum.
- Lebar kerusi ditambah untuk pelbagai saiz badan pengguna
- Teknik paku kayu digunakan untuk mengelak penggunaan ensel atau paku daripada besi yang boleh berkarat.
- Pelantar bawah yang boleh dikeluarkan menbolehkan pengguna mempelbagaikan lagi fungsi kerusi tangas ini.

Dengan Kerusi Tangas rekaan baru ini pengguna boleh melakukan:
- Tangas basah
- Tangas kering
- Tangas guna arang
- Tangas guna periuk letrik untuk bertangas lebih lama dan lebih memudahkan
- Bertungku refleksologi
- Rendaman kaki
- Bersauna





Harga pengenalan Kerusi Tangas EZi Xtra ini ialah rm430. Dengan berkonsepkan "Functional & Optional" kerusi ini adalah suatu pembelian yang hebat.
Kami juga mengeluarkan Set Bertangas Xtra rm75. Set ini mengandungi bangku kayu pain, periuk tanah dan 4 batu sungai yang besar. Dengan set ini pengguna boleh melakukan Tangas basah, tangas kering, tangas guna arang dan untuk bertungku refleksologi.

Kepada anda semua:
- yang masih mencari kerusi tangas, rebutlah peluang harga pengenalan ini dan alami sendiri kebaikan bertangas dirumah anda.
- yang telah menyokong kami selama ini iaitu yang telah membeli set bertangas daripada kamii ada harga yang khas untuk anda.
- Kepada yang "business minded" ada harga yang kami peruntukkan.
- Kepada pengusaha spa bergerak atau pengendali kelas SPA hubungi kami untuk harga anda.

Call/SMS/Whatsapp 012-6963987 atau 
layari : http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com
untuk lebih info.

Tuesday, November 1, 2016

Promosi Beli 2 - penghargaan kepada pengusaha "Mobile Spa"


Set Tangas EZi memang direka untuk memudahkan sesi bertangas dan menjadi pilihan kepada pengusaha Spa bergerak. Satu unit tidak cukup kerana ada yang mempunyai pelanggan yang ramai dan ada yang mengusahakan secara berkumpulan dan memerlukan set tangas EZi yang lebih.

Kini Jana herba menawarkan apa yang pernah kami tawarkan sedikit waktu dahulu iaitu "Beli 2 Unit dan Jimat RM90." Kalau satu unit dengan harga RM260, dengan promosi beli 2 ini menjadikan satu unit berharga RM215 sahaja.

Sila Call/SMS/What'sapp 012-6963987 untuk menempah unit anda.

Gunakan kesempatan ini untuk mengembangkan perniagaan anda dan kepada pengguna peribadi ini masanya untuk merasai kelebihan Set Tangas EZi.