Sunday, November 26, 2017

Bertangas membahayakan kesihatan.

Bertangas membantu memulihkan kesihatan terutama kepada para ibu lepas bersalin atau wanita lepas haid. Itulah sepatutnya, tetapi oleh kerana beberapa faktor seperti kecuaian, tiada pengetahuan atau sengaja ingin mengaut keuntungan maka bertangas yang kita harapkan dapat memulihkan kesihantan rupanya membahayakan kesihatan kita pula.

Kalau anda selalu mengikuti tulisan kami sebelum ini tentu anda tahu tentang bahayanya kemasan kayu yang pelbagai dipasaran seperti cat kayu, lacquare, shelleck dan sebagainya yang digunakan keatas kayu semasa pembuatan bangku tangas supaya ianya nampak cantik.

Kami tidak akan mengulas tentang perkara ini kerana telahpun dijelaskan pada artikel yang lalu.

Kali ini kami ingin menerangkan betapa bahayanya penggunaan kayu pain dalam pembuatan bangku tangas.

Kayu pain diMalaysia terdapat dalam dua cara iaitu pengimpotan dalam bentuk tan metrik dan melalui guna semula kayu pain daripada palet.

Produk kayu yang dibawa masuk ke Malaysia samada bahan mentah atau telah dijadikan produk seperti perabut telah melalui proses rawatan kayu untuk membunuh kulat dan kutu kayu. Biasanya kami akan mendapatkan bekalan kayu pain dari pengedar sah dan disertakan sijil rawatan sekali. Kayu ini selamat digunakan.

Tetapi ada juga diantara pengusaha bangku tangas yang menggunakan kayu pain daripada sumber lain seperti palet yang terpakai. Memang harganya jauh lebih murah dan kekadang boleh didapati dengan percuma. Mungkin kerana mereka ingin membuat kerusi tangas harga murah dan pengguna rasa beruntung kerana dapat membeli kerusi tangas dengan harga murah. 

Tahukah anda kayu palet sangat tidak digalakkan dalam pembuatan kerusi tangas, Mari kami terangkan kenapa.

Kayu palet juga seperti produk lain perlu melalui proses rawatan kayu. Sebab itu pada setiap palet ada logo proses tersebut. Pada logo tersebut ada tercatat HT atau MB. 

HT - Proses Pemanasan (Heat treatment) untuk mengeringkan kayu serta membunuh kulat, kutu atau bubuk yang boleh memusnahkan kayu. Kayu yang telah melalui proses ini boleh di ulang guna (recycle)


MB - Proses penyemburan Methyl Bromide (MB). Yang ini sangat merbahaya kerana Methyl Bromide sangat beracun. Tujuan untuk membunuh apa jua kehidupan yang ada pada kayu samada ulat, hama atau pun kulat. Kayu yang telah melalui proses ini tidak boleh digunakan lagi kerana ianya sangat merbahaya kepada tubuh badan manusia.



Kebanyakan kayu palet dileraikan dulu sebelum dijual dengan harga yagn murah dan dengan logo yang telah tiada kelihatan maka status kayu tersebut tidak diketahui dan ini amat berisiko.

Ada yang menganggap bangku tangas adalah sama seperti produk perabut yang lain. Ianya sama sekali berbeza kerana bangku tangas akan melalui pemanasan berkali kali sepanjang proses bertangas. Dalam proses pemanasan ini bukan saja kebaikan dari ramuan tangas akan terbebas malah bahan beracun daripada kayu juga akan terbebas dan inilah yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita.

Kami cadangkan jika anda ingin membeli bangku tangas daripada kayu pain cuba tanya sekali sijil heat treatment. Sijil ini boleh diperolehi daripada pembekal kayu pain dan jika pengusaha itu tidak ada sijil HT maka berhati hatilah dan berfikir banyak kali sebelum membelinya.

Membeli bangku tangas bukanlah kerana cantik dan bukan juga kerana harganya yang murah. membeli bangku tangas adalah kerana fungsi dan faedahnya kepada kesihatan.

Tambahan Jana Herba telahpun menukar sumber kayu daripada kayu pain kepada kayu penaga yang semulajadi berubat (lihat artikel sebelum ini)

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.


Ikhlas daripada Jana Herba Enterprise - membuat set bertangas sejak 2007

Friday, November 17, 2017

Kayu dari pokok Penaga adalah yang paling sesuai untuk kaedah pengewapan



Sepuluh tahun dahulu apabila kami memulakan bisnes pembuatan Set Tangas kami telah pun menyedari khasiat pokok Penaga kepada kesihatan tubuh badan, tetapi pada waktu itu tiada pembekal yang boleh membekal kayu penaga dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu kami terpaksa menggunakan kayu lain seperti Balau dan Pain. Apabila ada pembekal yang boleh membekal kayu tersebut, kami merasakan ini adalah rahmat yang harus dikongsikan kepada pelanggan semua.

Ini kerana Pokok Penaga mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Dari batang, daun, akar dan bunga mempunyai unsur pengubatan yang menjadi amalan turun temurun. Contohnya kulit pokok ini sangat berkhasiat untuk para ibu lepas bersalin untuk merawat bahagian pangkal peha terutama rahim. Sebahagian spesisnya mengandungi Calanolide A yang disahkan boleh merawat kanser dan AIDS.

Oleh itu Jana Herba telah mengambil langkah proaktif menggunakan pokok Penaga bagi barisan produk bertangas dan bersauna….Khasiat Pokok Penaga, manfaatnya sama dirasa.


Untuk keterangan lanjut hubungi :
En. Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
email : janaherba@gmail.com