Saturday, January 10, 2015

Set Sauna Mudahalih - Rekaan yang mesra pengguna

Mereka sesuatu produk mengambi masa agak lama. Ini kerana kami ingin memastikan produk keluaran kami menepati kehendak pengguna seterusnya dapat berdayasaing dipasaran.

Set Sauna Mudahalih yang terbaru ini adalah hasil peningkatan rekaan daripada produk yang terdahulu iaitu lebihkurang 4 tahun dahulu (2010). Lihatlah unsur-unsur rekaannya yang telah dipertingkatkan:
 
1. Produk yang boleh dileraikan
Ini adalah untuk senang dibawa kesana kemari dan semuanya boleh dimasukkan dalam boot kereta saja kerana ia memang direka untuk Spa Bergerak (Mobile Spa)


2.Kerusi boleh lipat yang pelbagai guna  

 
Kerusi ini boleh dilipat untuk pengstoran yang lebih senang. Ianya senang dibuka dan boleh diletak dimana-mana tempat yang rata samada didalam atau diluar (indoor or outdoor). Disertakan sekali Alas Kaki untuk sesi mandiwap atau elok juga kepada mereka yang alah kepada lantai (simen, marble etc)

2. Tempat Letak Lengan (Armrest)
Direka sekali dengan tempat letak lengan. Ini amat berguna ketika sesi mandiwap supaya tidak melengohkan lengan. Almaklum sesi mandiwap kekadang sehingga 45 minit.  


3. Lubang pengudaraan
Wap yang terlalu banyak didalam kabin akan melemaskan pengguna oleh itu Kabin Sauna yang baru ini ada lubang pengudaraan yang terletak dibahagian atas belakang kabin. Pengguna akan mendapat wap herba yang secukupnya dan selebihnya akan keluar pada lubang pengudaraan.

4. Pencahayaan dalam Kabin
 Kain kabin adalah diperbuat daripada kanvas Cotton (Teteron Cotton) yang tebal. Masalahnya didalam kabin akan menjadi gelap dan pengguna akan merasa lemas (pandangan). Kami telah meyelesaikan masalah tersebut dengan menjahit 2 tona kain dan kain yang kedua (kuning Kunyit) adalah TC yang lebih nipis yang mana orang luar tidak akan nampak yang didalam tetapi yang didalam boleh nampak orang luar. Seperti gambar yang kanan sekali adalah pandangan dari dalam yang masih boleh nampak imej diluar.


 5. Hos yang efektif
Kebanyakan kabin sauna hanya mempunyai satu lubang utama pada hosnya dan wap yang keluar hanya tertumpu pada sesuatu bahagian saja. Jana Herba telah mengambil iktibar ini dengan mereka hos stainless steelnya sendiri. Hos kami agak panjang untuk wap mencapai kebahagian depan (kaki) kerana hos dimasukkan dari belakang kabin. lubang utama dikecilkan. Ini untuk mengelak semua wap hanya keluar dari lubang utama. Ada 10 lubang lagi dikiri dan kanan hos tersebut. Apabila lubang utama dikecilkan, sebahagian besar wap herba akan berpatah balik dan keluar dilubang-lubang yang lain. Ini akan membuatkan seluruh kabin akan mendapat wap herba tersebut.