Sunday, May 24, 2015

Signboard baru

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian

Alhamdulillah, Jana Herba mempunyai signboard yang baru!


 Semenjak dipukul ribut kira kira 3 minggu lepas, baru hari ini dapat dinaikkan signboard yang baru. Signboard baru yang besar ini diharap dapat membantu bakal pengguna untuk ke Jana Herba Ent di Bukit Beruntung.
Kilang Jana Herba di Bukit Beruntung berfungsi sebagai 4P iaitu Pengeluaran, Pameran, Penjualan dan Perkhidmatan.
Pengeluaran: Semua produk Jana Herba dikeluarkan dikilang kami di Bukit Beruntung. Oleh itu kami tahu produk kami dari A ke Z dan tidak teragak-agak untuk memberi 3 tahun jaminan kilang untuk setiap produk kami yang berasaskan kayu.
Pameran: Kami memperuntukkan sedikit ruang dikilang kami untuk mempamerkan pruduk produk yang dihasilkan. Ini membolehkan pelanggan datang melihat sendiri dan mendengar pelbagai info daripada kami. Kami sedia maklum bahawa kami harus menyakinkan pelanggan tentang kebaikan produk Jana Herba supaya mereka merasa amat berbaloi membelinya.
Penjualan: Kepada pelanggan yang datang mereka boleh membelinya terus dari kami dan yang membeli secara online barangan akan diposkan dari kilang ini juga.
Perkhidmatan: Setiap barangan yang berasaskan kayu diberi jaminan kilang selama  tahun. Jika ada kerosakan dalam waktu tersebut pelanggan boleh terus datang kekilang kami untuk baikpulih tanpa sebarang kos dan jika selepas waktu jaminan maka kami akan membaikinya dengan kos yang berpatutan

Untuk merevolusikan kaesah tradisional seperti bertangas, mandiwap dan bertungku adalah suatu perjalanan yang panjang dan memerlukan strategi, tapi apa yang penting sekali ialah mesti mendapatkan KEYAKINAN pelanggan tentang keberkesanan kaedah kaedah ini.

Untuk sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi:
Ahmad Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung (BB9),
48300 Rawang, Selangor
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com