Wednesday, November 18, 2015

Mudah yang membawa tuah...

Begitulah bertuahnya Puan Nor Hazwani apabila memenangi satu Set Tangas rekaan baru. Beliau telah menyertai peraduan menamakan set tangas rekaan baru pada saat akhir dan telah memberi nama Set Tangas Easy2U. 

Jana Herba tertarik dengan nama ini dan telah menamakan set baru ini sebagai Set Tangas EZi (easy). Nama ini difikirkan sesuai kerana mudah disebut dan selari dengan nama satu lagi set tangas kami iaitu Set Tangas A1.

Nama EZi dipilih kerana reka bentuk set tangas ini yang mudah dikendalikan, mudah disimpan dan mudah dibawa kemana mana.

Semenjak dilancarkan pada 27 September lalu Jana Herba telah menerima lebih 30 penyertaan untuk menamakan Set Tangas baru ini.

Ketika ditemui semasa penyampaian hadiah Ahad lalu (15/11/15) Nor Hazwani merasa terharu dipilih sebagai pemenang. Beliau memang berminat dengan set tangas ini dan berniat untuk memilikinya. "Dengan kemenangan ini bolehlah bertangas kat rumah saja" katanya yang selalu ke Spa untuk bertangas.

Nor Hazwani yang ditemani oleh suaminya Anuar telah menerima satu Set Tangas EZi beserta ramuan tangas Maharani daripada Puan Norliza pengasas Jana Herba.

Tahniah daripada Jana Herba Enterprise


     Nor Hazwani begitu teruja memenangi Set Tangas EZi



    Puan Norliza pengasas Jana Herba menyampaikan hadiah kepada Nor Hazwani dengan ditemani suaminya Anuar.