Thursday, May 19, 2016

Adakah Kayu tropika sesuai untuk set tangas?

Dan mengapa kami di Jana Herba bersusah payah untuk mencari kayu pain untuk membuat set set tangas, kabin mandiwap dan sebagainya.

Katika Jana Herba mula mencipta set tangas moden kira kira 8 tahun lalu kami menggunakan kayu tropika iaitu kayu balau dan chengal. Ini adalah kerana kayu tersebut kuat dan tahan air.

Setelah masa berlalu dan pengetahuan pun bertambah maka kami beralih kepada kayu pain yang diimpot dari luar negara... mengapa?

Bertangas maupun mandiwap adalah kaedah rawatan kesihatan menggunakan wap herba dan kayu yang paling sesuai untuk kaedah ini ialah kayu pain yang digunakan diseluruh dunia. Kayu pain juga kuat dan tahan air dan ianya ada faktor lain yang penting iaitu ringan dan wangi.

Kebanyakan pengguna set set tangas adalah wanita dan mereka sering mengeluh kerana berat set tangas daripada kayu tropika lebih kurang 8kg. Apabila set tangas kami dibuat daripada kayu pain beratnya hanya lebih kurang 3kg dan ini amat menggembirakan pengguna.

Selain ringan kayu Pain juga wangi dan bau wangi tersebut terletak pada mata kayu yang banyak pada kayu pain. Di eropah mereka menggunakan wangian kayu pain untuk pelbagai produk seperti sabun, pewangi rumah dan sebagainya.

Tapi apa yang lebih penting dan membuatkan seluruh dunia menggunakan kayu pain untuk kaedah ini ialah kebolehan kayu pain untuk menyerap kepanasan yang menyengat. kepanasan inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit tubuh pengguna dan kekadang boleh menyebabkan melepuh atau radang kulit. Kebolehan kayu pain menyerap kepanasan menyengat ini membolehkan kepanasan yang sesuai sahaja untuk tubuh. Inilah sebabnya tubuh badan dapat bertahan lebih lama dalam kabin sauna atau set tangas yang diperbuat dariada kayu pain. Hanya mereka yang telah mengalaminya saja dapat merasai perbezaannya.

Membeli Set Tangas adalah ibarat pembelian sekali seumur hidup. Kita tidak membelinya selalu dan tidak juga kerana harganya yang murah. Kita membelinya kerana fungsinya yang praktikal dan set tangas yang dibeli boleh dipakai hingga ke tua dan boleh digunakan oleh anak cucu kita juga. Oleh itu untuk memilih set bertangas atau kabin mandiwap pilihlah yang diperbuat daripada kayu pain.