Showing posts with label Kayu Pain. Show all posts
Showing posts with label Kayu Pain. Show all posts

Sunday, December 11, 2016

Kerusi Tangas EZi Xtra - boleh lipat membuatkannya hebat


Sesiapa sahaja boleh membuat kerusi tetapi untuk kerusi yang boleh dilipat ianya memerlukan ketelitian dalam pembuatannya. Kerana itulah kerusi tangas baru kami melalui empat kali pembuatan prototaip. Ini kerana untuk memastikan setiap bahagian berfungsi dan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.





Tujuan utama pembuatan kerusi tangas yang boleh lipat adalah untuk berfungsi lebih daripada kerusi biasa dan pengguna mempunyai lebih pilihan apabila menggunakannya. Selain daripada itu ianya mudah dialih, mudah dibawa kemana mana dan mudah disimpan.





Jika anda menghargai apa yang telah kami usahakan anggaplah itu cara kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Call/SMS/Whatsapp :  012-6963987 atau 
layari : http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Wednesday, April 29, 2015

Sumber Kayu Pain


Semua set tangas keluaran Janaherba sekarang diperbuat daripada kayu pain iaitu sejenis kayu yang kuat, ringan dan wangi. Berbanding dengan kayu balau yang walaupun kuat tetapi agak berat dan oleh kerana pengguna dan pengusaha spa adalah para wanita maka langkah ini adalah tepat untuk mereka. Kami telah berjaya mendapat bekalan kayu pain dari New Zealand dan bekalannya insyaallah akan sentiasa ada. Selain dari kuat, ringan dan wangi, kayu pain mempunyai sifat yang boleh menyerap lebihan haba ketika bertangas atau bersauna, oleh itu walaupun panas pengguna tetap merasa nyaman.