Showing posts with label bersauna. Show all posts
Showing posts with label bersauna. Show all posts

Sunday, December 11, 2016

Kerusi Tangas EZi Xtra - boleh lipat membuatkannya hebat


Sesiapa sahaja boleh membuat kerusi tetapi untuk kerusi yang boleh dilipat ianya memerlukan ketelitian dalam pembuatannya. Kerana itulah kerusi tangas baru kami melalui empat kali pembuatan prototaip. Ini kerana untuk memastikan setiap bahagian berfungsi dan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.





Tujuan utama pembuatan kerusi tangas yang boleh lipat adalah untuk berfungsi lebih daripada kerusi biasa dan pengguna mempunyai lebih pilihan apabila menggunakannya. Selain daripada itu ianya mudah dialih, mudah dibawa kemana mana dan mudah disimpan.





Jika anda menghargai apa yang telah kami usahakan anggaplah itu cara kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Call/SMS/Whatsapp :  012-6963987 atau 
layari : http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Tuesday, May 12, 2015

Set Tangas terkini keluaran Jana Herba

Pada tahun 2015 Jana Herba telah bertekad untuk lebih memberi tumpuan dalam kaedah bertangas. Beberapa perubahan dan rekaan baru dapat dihasilkan. Oleh itu pada bulan Mei ini dapat kami war-warkan kepada semua pembaca yang kami hormati sekalian.



3 variasi untuk pilihan pengguna
Sekarang ini Jana Herba mempunyai tiga varian set tangas untuk pilihan pengguna iaitu Set Lengkap Bertangas, Set Tangas A1 dan Set Tangas Cleopatra.



1. Set Lengkap Bertangas.
Set Lengkap Bertangas adalah rekaan asal Jana Herba dan telah diilhamkan pada tahun 2007. Semenjak pada itu kami telah menjual ratusan unit set tangas ini. Ini kerana rekaannya yang berinovasi telah merevolusikan cara bertangas dan ianya dengan pantas telah digelar set tangas moden. Set Lengkap Bertangas mengandungi Kerusi Tangas (12"x11.5"x10"}, Periuk Tanah dan Batu Sungai yang mana ini membolehkan pengguna memilih untuk melakukan sesi tangas basah atau tangas kering mengikut kesesuaian mereka. Sehingga kini ianya masih menjadi antara produk terlaris kami.



2. Set Tangas A1
Selepas kejayaan Set Lengkap Bertangas, maka banyak opsyen opsyen lain yang telah kami reka dan ini semuanya atas permintaan pengguna. Diantaranya ialah Tingkat Tangas bagi menggunakan periuk letrik, Alas Duduk XL untuk mereka yang bersaiz besar, Alas Kaki Bertungku untuk bertungku atau alas kaki semasa bertangas dan pelbagai aksesori yang kalau ingin dimiliki ianya memcecah rm1000 lebih nilainya.
Oleh itu pada awal tahun 2015 ini kami telah mereka Set Tangas A1. A1 bermaksud "All in One" yang mana opsyen dan aksesori digabungkan dalam satu dan ianya hanya berharga rm690. Diantara opsyen yang digabungkan ialah Kerusi Tangas (yang ini bersaiz besar - 17"x14"x13"),Alas Duduk  XL dan Alas Kaki Bertungku manakala aksesori pula ialah periuk tanah, batu sungai, tray alumimiun dan Periuk Letrik untuk sesi bertangas yang lebih lama. Set Tangas A1 juga dijangka bakal mencipta sejarah kerana semenjak dilancarkan pada Januari tahun ini kami masih tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Dalam pada itu kami sempat juga mereka produk yang berorientasikan kehendak pengguna.



3. Set Tangas Cleopatra
Set Tangas yang mewah ini dinamakan Set Tangas Cleopatra. Nama Cleopatra bukanlah sinonim dengan masyarakat Melayu tetapi amat sinonim dengan masyarakat dunia. Ini kerana Cleopatra amat menitikberatkan kecantikan dan kemewahan dan kerana dua faktor inilah menjadikan Cleopatra antara wanita tercantik didunia.
Set Tangas Cleopatra memang dibuat untuk mereka yang mementingkan keselesaan dan kemewahaan. Asalnya adalah Set Tangas A1 (ini bermakna semua fungsi bertangas yang ada pada Set Tangas A1 ada di Set Tangas Cleopatra) dan ia dilengkapi dengan Sandar Tangas yang membolehkan pengguna bersandar dan merehatkan tangan sekali gus.
Jika membeli Set Tangas Cleopatra secara berasingan, Set Tangas A1 rm690 dan Sandar Tangas rm320, ini menjadikan jumlahnya RM1,010. Tetapi jika membelinya sekali gus alas duduk Set Tangas A1 yang asal tidak disertakan dan harga Set Tangas A1 ditolak RM120 menjadikan Set Tangas Cleopatra berharga rm890 sahaja.
Dengan Set Tangas Cleopatra ini pengguna boleh melakukan sesi tangas basah, tangas kering, tangas menggunakan arang dan tangas menggunakan periuk letrik untuk sesi bertangas yang lebih lama dengan mudah.
Set Tangas Cleopatra boleh juga digunakan untuk bersauna dengan menutup lubang atas dengan towel (dan towel sebagai alas duduk juga) dan wap herba akan keluar melalui lubang dibahagian tepi Set Tangas tersebut. Pakai kain sarong tangas dan duduklah dalam keadaan selubung selama 20 minit atau lebih. Cuma tukarkan ramuan tangas ke ramuan sauna segar untuk menikmatinya.

Jika berminat bolehlah hubungi:
Ahmad Tarmizi bin Zaid
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung (BB9),
48300 Rawang, Selangor
Tel: 012-6963 987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Wednesday, April 29, 2015

Sumber Kayu Pain


Semua set tangas keluaran Janaherba sekarang diperbuat daripada kayu pain iaitu sejenis kayu yang kuat, ringan dan wangi. Berbanding dengan kayu balau yang walaupun kuat tetapi agak berat dan oleh kerana pengguna dan pengusaha spa adalah para wanita maka langkah ini adalah tepat untuk mereka. Kami telah berjaya mendapat bekalan kayu pain dari New Zealand dan bekalannya insyaallah akan sentiasa ada. Selain dari kuat, ringan dan wangi, kayu pain mempunyai sifat yang boleh menyerap lebihan haba ketika bertangas atau bersauna, oleh itu walaupun panas pengguna tetap merasa nyaman.