Sunday, May 22, 2016

Beramal sambil membeli

Kita semua berpeluang menggandakan pahala amalan kita dibulan ramadan kali ini.
Sedekah yang paling afdal adalah sedekah pada bulan Ramadan 
(HR Riwayat at-Tirmidzi)



Jualan Amal Ramadan ini adalah yang julung kali diadakan oleh Jana Herba Ent. Ini adalah sumbangan amal yang telah lama difikirkan dan sempena bulan Ramadan yang mulia inilah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

Dengan kesedaran ingin menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan beramal, Jana Herba mengadakan Jualan Amal yang memberi potongan harga kepada bakal pengguna dan sebahagian hasil jualan pula akan didermakan kepada masjid/surau dan sekolah tahfiz yang telah dikenal pasti. Jualan Amal Ramadan akan diadakan dari 23 Mei sehingga 15 Julai 2016 dan masa yang panjang ini diharap dapat memberi kesempatan kepada semua untuk menyertai program amal juga dapat mengumpul dana secukupnya.

Sempena Jualan Amal Ramadan ini pembeli akan menikmati 15% kurang daripada harga asal dan 5% lagi dari jualan ini akan didsumbangkan ke kempen Jualan Amal ini. Bermakna setiap produk akan diberi diskaun 20%. Segala perkembangan akan diwar-warkan dalam blog dan facebook kami.

Jana Herba Ent telah mengeluarkan set-set bertangas, bersauna dan bertungku semenjak 2008 lagi. Antara barangan kami ialah Set Lengkap Bertangas, Set Tangas A1, Set Tangas Cleopatra, Set Tangas Ezi, ramuan Maharani, ramuan Sauna Segar,Kain Sarung Tangas, Kabin Mandiwap Herba dan Alas Kaki Bertungku. Semua produk ini terlibat dengan Jualan Amal Ramadan.

Sila call/sms/whatsapp : 012-6963987 untuk menyertai Jualan Amal Ramadan ini.

Semoga tercapai hasrat kita dalam menjayakan Jualan Amal ini dan kepada pembaca semua marilah berkongsi pahala dengan "Share" dan "Viral"kan Promosi ini.


Daripada pihak pengurusan
Jana Herba Enterprise
15. Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung (BB7),
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com



Thursday, May 19, 2016

Adakah Kayu tropika sesuai untuk set tangas?

Dan mengapa kami di Jana Herba bersusah payah untuk mencari kayu pain untuk membuat set set tangas, kabin mandiwap dan sebagainya.

Katika Jana Herba mula mencipta set tangas moden kira kira 8 tahun lalu kami menggunakan kayu tropika iaitu kayu balau dan chengal. Ini adalah kerana kayu tersebut kuat dan tahan air.

Setelah masa berlalu dan pengetahuan pun bertambah maka kami beralih kepada kayu pain yang diimpot dari luar negara... mengapa?

Bertangas maupun mandiwap adalah kaedah rawatan kesihatan menggunakan wap herba dan kayu yang paling sesuai untuk kaedah ini ialah kayu pain yang digunakan diseluruh dunia. Kayu pain juga kuat dan tahan air dan ianya ada faktor lain yang penting iaitu ringan dan wangi.

Kebanyakan pengguna set set tangas adalah wanita dan mereka sering mengeluh kerana berat set tangas daripada kayu tropika lebih kurang 8kg. Apabila set tangas kami dibuat daripada kayu pain beratnya hanya lebih kurang 3kg dan ini amat menggembirakan pengguna.

Selain ringan kayu Pain juga wangi dan bau wangi tersebut terletak pada mata kayu yang banyak pada kayu pain. Di eropah mereka menggunakan wangian kayu pain untuk pelbagai produk seperti sabun, pewangi rumah dan sebagainya.

Tapi apa yang lebih penting dan membuatkan seluruh dunia menggunakan kayu pain untuk kaedah ini ialah kebolehan kayu pain untuk menyerap kepanasan yang menyengat. kepanasan inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit tubuh pengguna dan kekadang boleh menyebabkan melepuh atau radang kulit. Kebolehan kayu pain menyerap kepanasan menyengat ini membolehkan kepanasan yang sesuai sahaja untuk tubuh. Inilah sebabnya tubuh badan dapat bertahan lebih lama dalam kabin sauna atau set tangas yang diperbuat dariada kayu pain. Hanya mereka yang telah mengalaminya saja dapat merasai perbezaannya.

Membeli Set Tangas adalah ibarat pembelian sekali seumur hidup. Kita tidak membelinya selalu dan tidak juga kerana harganya yang murah. Kita membelinya kerana fungsinya yang praktikal dan set tangas yang dibeli boleh dipakai hingga ke tua dan boleh digunakan oleh anak cucu kita juga. Oleh itu untuk memilih set bertangas atau kabin mandiwap pilihlah yang diperbuat daripada kayu pain.


Sunday, April 17, 2016

Kenaikan harga Kain Sarung Tangas - ambillah peluang selagi ada

Kami selalu mendapat harga yang munasabah daripada pembekal kain belacu yang kami gunakan untuk membuat kain sarung tangas. Sejak pertengahan tahun lepas kain belacu telah naik sehingga 25% dan kami berusaha untuk mengekalkan harganya iaitu rm48.

Tetapi sekarang dengan cabaran lain yang pelbagai kami terpaksa menaikkan harga Kain Sarong Tangas kepada rm55 dan harga ini diharap dapat menampung operasi yang semakin meningkat.

 Untuk info kenaikan ini akan berkuatkuasa 15 Mei 2016 lebih kurang sebulan dari sekarang. Ini kerana kami ingin memberi peluang kepada pengguna yang belum memilikinya atau para agen kami untuk menambah stok dan menjualnya dengan harga rm55 selepas 15 Mei 2016.




Kain Sarung Tangas keluaran Jana Herba Ent lebih besar daripada kain pelikat atau kain batik dan ada getah pencerut yang membolehkan pengguna memakainya pada paras pinggang atau paras leher.

Memakai Kain Sarung Tangas amat perlu semasa sesi bertangas kerana dapat memanfaatkan semua wap herba untuk kebaikan bertangas. Oleh itu kami berharap agar anda semua mengambil kesempatan ini untuk memiliki kain sarung tangas.

Untuk lebih lanjut bolehlah hubungi :
Ahmad Tarmizi
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987


Sunday, March 13, 2016

testimoni ikhlas daripada pembeli

Adalah menjadi kewajipan kami di Jana Herba untuk mengeluarkan set set bertangas yang memberi manfaat kepada ramai wanita. Banyak testimoni positif yang datang daripada pengguna yang berpuashati dan salah satunya adalah yang ini. Tetapi bagi kami yang ini adalah sesuatu yang istimewa kerana kita boleh bayangkan keikhlasannya dalam memberi testimoni...


Perkara kecil yang kami anggap besar ini yang meyakinkan kami untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dan terus menambahbaikan produk yang sedia ada.

Saturday, January 16, 2016

Promosi Set Tangas EZi berlanjutan sebagai tanda terima kasih

Jana Herba sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh para pengguna. Sepanjang tempoh promosi harga pengenalan kami dapat merasakan faedah daripada promosi tersebut telah menyemarakkan lagi kaedah bertangas ini dalam masyarakat kita bukan saja kepada kaum melayu bahkan kaum lain juga telah menunjukkan minat yang ketara.

Oleh itu kami telah merangka promosi lanjutan iaitu "Beli 2 Unit". Dengan membeli 2 unit pembeli dapat berjimat sebanyak rm90. Ini bermakna seunit hanya rm215 sahaja. Promosi ini hanya untuk belian berganda iaitu untuk belian 2, 4, 6 dan seterusnya. Jika pembeli ingin membeli 3 unit bermakna unit yang ketiga berharga rm260. manakala untuk belian 1 unit masih rm260.

Kami berharap supaya promosi ini juga akan berjaya seperti promosi sebelumnya dan dapat memberi manfaat kepada para pengguna. Untuk bakal pengguna pula ambillah peluang ini selagi ianya belum berakhir kerana harganya mungkin akan dikaji semula dimasa akan datang terpulang kepada harga semasa bahan asas.

Terima kasih daripada Jana Herba Enterprise dan semarakkan kaedah tradisi masyarakat kita.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 012-6963987 (call/sms/w'sapp)

Sunday, January 3, 2016

Terima kasih daripada Set Tangas EZi

Salam sihat kepada para pembaca

Set Tangas EZi telah direka dan dilancarkan pada penghujung September 2015. Ia bertujuan untuk memudahkan sesi bertangas yang sangat bermanfaat kepada kaum wanita. Kerana itu Set Tangas EZi direka supaya boleh dilipat dan ringan untuk dibawa kemana-mana.

Untuk memeriahkan lagi pelancaran Set Tangas yang baru ini kami telah mengadakan peraduan menamakannya dan Puan Nor Haryati telah Berjaya memenanginya dengan memberi nama Set Tangas EZi. Beliau telah membawa pulang hadiah berupa satu set Tangas EZi.

Kami juga mengadakan jualan promosi harga pengenalan untuk 50 unit pertama. Beli dua unit dengan harga rm195 seunit manakala harga seunit set ini ialah rm260.

Dua jenis promosi ini dilakukan supaya pengguna dapat mengalami keberkesanan dan keunikan Set Tangas EZi ini. Hasilnya banyak maklumbalas dan testimony positif yang kami terima daripada pengguna.



Alhamdulillah dan terima kasih kerana 50 unit pertama iaitu beli dua unit dengan harga rm195 seunit telahpun habis terjual. Walaupun promosi ini telah tamat kami merasakan patut sesuatu diberi kepada mereka yang membeli lebih daripada satu unit.

Oleh itu Jana Herba memutuskan untuk terus mengadakan kempen "beli 2 unit". Sekarang dengan membeli dua unit anda layak mendapat harga rm215 seunit manakala seunit Set Tangas EZi masih rm260. Daripada harga asalnya anda dapat berjimat rm45 seunit dan dengan kempen "beli dua unit" ini total penjimatan anda ialah rm90.

Kempen "beli 2 unit" ini adalah untuk belian berganda sahaja iaitu belian 2, 4, 6 dan seterusnya. Jika anda ingin membeli 3 set bermakna belian ketiga berharga rm260.

Kami berharap anda dan bakal pengguna lain dapat mengambil kesempatan ini dan rasai/alami keunikan dan keberkesanan Set Tangas EZi

Sebarang info atau pesanan bolehlah hubungi saya di 012-6963987 (call/sms/w'sapp)