Sunday, August 19, 2018

Tangas Berdiri - Alami erti "terasa"

Tangas bediri adalah satu lagi opsyen untuk kaedah bertangas. Tangas berdiri memerlukan stamina yang lebih kerana pengguna dikehendaki berdiri semasa melakukannya. Ada yang mendakwa bahawa tangas berdiri lebih "terasa". Atas faktor tersebut kami mengeluarkan Set Lengkap Tangas Berdiri supaya pengguna boleh mengalami sendiri keadaan "terasa" tersebut.

Setiap Set disertakan Bangku daripada kayu penaga yang berkhasiat, periuk tanah, batu sungai yang besar, Kain Sarung Tangas yang panjang dan serkup kepala.

Cara melakukan tangas berdiri:
- Panaskan kedua-dua batu sungai dengan api yang perlahan kira-kira 20 minit.
- Ambil satu batu yang panas tadi dan letakkan dalam periuk tanah kemudian diletakkan diatas bangku kayu tadi.
- Pakai kain sarung tangas dan serkup kepala.
4. Kangkang kaki dibangku kayu tadi seperti rajah diatas. Seelok-eloknya bengkokkan sedikit kedua dua kaki. Ambil kira-kira setengah cawan air yang telah dibancuh dengan ramuan tangas dan simbah keatas batu panas tersebut. Serta merta wap panas herba akan naik dan rasailah wap tersebut sambil melakukan senaman "kagel".
- Untuk satu batu boleh simbah kali kedua dan jika tidak puas bolehlah gunakan batu panas satu lagi untuk sesi seterusnya.
- Sesi tangas berdiri ini lebih mudah jika ada yang menolong samada bidan, pembatu spa atau suami sendiri.

ERATKAN IKATAN KASIH DENGAN BERTANGAS

Selain Bertangas Set ini juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Bangkunya yang kuat boleh digunakan untuk alas duduk semasa mandian herba dan batu sungai yang besar berguna untuk bertungku.

Sempena pengenalan Set Tangas Berdiri ini kami tawarkan set ini pada harga pengenalan iaitu RM185 sahaja. Kepada para wanita yang inginkan kelainan dan merasai sendiri kelainannya diharap segera mendapatkan Set Lengkap Tangas Berdiri keluaran terbaru Jana Herba Enterprise.

Untuk sebarang urusan boleh hubungi:

Call/SMS/Whatsapp: 012-6963987

Tuesday, December 26, 2017

Tawaran Belian Kombinasi - Hadiah tahun baru 2018


Kepada para wanita yang telah mengenali produk Jana Herba pasti tahu akan kebaikan dan keberkesanan Set Tangas A1 dan Set Tangas Cleopatra. Jika dibeli berasingan harganya mencecah RM1580. Sekarang dengan Pembelian Kombinasi anda akan mendapat Set Tangas A1 juga Set Tangas Cleopatra dalam satu harga iaitu hanya RM890.

BELIAN KOMBINASI

Belian Kombinasi adalah cara kami untuk membantu pemilik spa atau spa bergerak supaya dapat meluaskan kombinasi atau pakej perkhidmatan kepada pelanggan mereka. 
Kedua dua set ini boleh bertangas, bertungku dan bersauna dan dengan adanya sandar tangas (Set Tangas Cleopatara) pakej anda akan terasa lebih mewah dan santai. Jika anda mempunyai pelanggan yang terlalu gemuk sehingga tidak selesa untuk duduk di Set Cleopatra anda boleh gunakan Set Tangas A1 sahaja kerana kekuatan bangku tangas A1 yang optimum. Kedua dua set tangas ini menjadi pilihan pengamal rawatan perbidanan kerana rasanya, hasilnya dan kepuasan pelaggan yang sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Jika dahulu apabila anda telah membeli Set Tangas A1 (RM690) dan ingin menaiktaraf kepada Set Tangas Cleopatra, anda harus membeli Sandar Tangas dengan harga RM320 dan total kombinasi ini ialah RM1100. Itulah sebabnya kami sangat mengesyorkan kepada anda untuk merebut peluang belian kombinasi ini.

Tambahan pula sekarang ini semua set tangas keluaran Jana Herba menggunakan kayu penaga yang berkhasiat dan sangat bermanfaat kepada wanita.

Belian kombinasi ini hanya sehingga 31 Januari 2018 sahaja dan jadikan tarawan ini sebagai pemangkin untuk kejayaan anda pada tahun baru ini.

Untuk lebih info jangan berlengah untuk menghubungi:
Tel/SMS/Whatsapp : +6012-6963987 
email : janaherba@gmail.com
blog : bertangasdanmandiwap.blogspot.my

Sunday, November 26, 2017

Bertangas membahayakan kesihatan.

Bertangas membantu memulihkan kesihatan terutama kepada para ibu lepas bersalin atau wanita lepas haid. Itulah sepatutnya, tetapi oleh kerana beberapa faktor seperti kecuaian, tiada pengetahuan atau sengaja ingin mengaut keuntungan maka bertangas yang kita harapkan dapat memulihkan kesihantan rupanya membahayakan kesihatan kita pula.

Kalau anda selalu mengikuti tulisan kami sebelum ini tentu anda tahu tentang bahayanya kemasan kayu yang pelbagai dipasaran seperti cat kayu, lacquare, shelleck dan sebagainya yang digunakan keatas kayu semasa pembuatan bangku tangas supaya ianya nampak cantik.

Kami tidak akan mengulas tentang perkara ini kerana telahpun dijelaskan pada artikel yang lalu.

Kali ini kami ingin menerangkan betapa bahayanya penggunaan kayu pain dalam pembuatan bangku tangas.

Kayu pain diMalaysia terdapat dalam dua cara iaitu pengimpotan dalam bentuk tan metrik dan melalui guna semula kayu pain daripada palet.

Produk kayu yang dibawa masuk ke Malaysia samada bahan mentah atau telah dijadikan produk seperti perabut telah melalui proses rawatan kayu untuk membunuh kulat dan kutu kayu. Biasanya kami akan mendapatkan bekalan kayu pain dari pengedar sah dan disertakan sijil rawatan sekali. Kayu ini selamat digunakan.

Tetapi ada juga diantara pengusaha bangku tangas yang menggunakan kayu pain daripada sumber lain seperti palet yang terpakai. Memang harganya jauh lebih murah dan kekadang boleh didapati dengan percuma. Mungkin kerana mereka ingin membuat kerusi tangas harga murah dan pengguna rasa beruntung kerana dapat membeli kerusi tangas dengan harga murah. 

Tahukah anda kayu palet sangat tidak digalakkan dalam pembuatan kerusi tangas, Mari kami terangkan kenapa.

Kayu palet juga seperti produk lain perlu melalui proses rawatan kayu. Sebab itu pada setiap palet ada logo proses tersebut. Pada logo tersebut ada tercatat HT atau MB. 

HT - Proses Pemanasan (Heat treatment) untuk mengeringkan kayu serta membunuh kulat, kutu atau bubuk yang boleh memusnahkan kayu. Kayu yang telah melalui proses ini boleh di ulang guna (recycle)


MB - Proses penyemburan Methyl Bromide (MB). Yang ini sangat merbahaya kerana Methyl Bromide sangat beracun. Tujuan untuk membunuh apa jua kehidupan yang ada pada kayu samada ulat, hama atau pun kulat. Kayu yang telah melalui proses ini tidak boleh digunakan lagi kerana ianya sangat merbahaya kepada tubuh badan manusia.



Kebanyakan kayu palet dileraikan dulu sebelum dijual dengan harga yagn murah dan dengan logo yang telah tiada kelihatan maka status kayu tersebut tidak diketahui dan ini amat berisiko.

Ada yang menganggap bangku tangas adalah sama seperti produk perabut yang lain. Ianya sama sekali berbeza kerana bangku tangas akan melalui pemanasan berkali kali sepanjang proses bertangas. Dalam proses pemanasan ini bukan saja kebaikan dari ramuan tangas akan terbebas malah bahan beracun daripada kayu juga akan terbebas dan inilah yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita.

Kami cadangkan jika anda ingin membeli bangku tangas daripada kayu pain cuba tanya sekali sijil heat treatment. Sijil ini boleh diperolehi daripada pembekal kayu pain dan jika pengusaha itu tidak ada sijil HT maka berhati hatilah dan berfikir banyak kali sebelum membelinya.

Membeli bangku tangas bukanlah kerana cantik dan bukan juga kerana harganya yang murah. membeli bangku tangas adalah kerana fungsi dan faedahnya kepada kesihatan.

Tambahan Jana Herba telahpun menukar sumber kayu daripada kayu pain kepada kayu penaga yang semulajadi berubat (lihat artikel sebelum ini)

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.


Ikhlas daripada Jana Herba Enterprise - membuat set bertangas sejak 2007

Friday, November 17, 2017

Kayu dari pokok Penaga adalah yang paling sesuai untuk kaedah pengewapan



Sepuluh tahun dahulu apabila kami memulakan bisnes pembuatan Set Tangas kami telah pun menyedari khasiat pokok Penaga kepada kesihatan tubuh badan, tetapi pada waktu itu tiada pembekal yang boleh membekal kayu penaga dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu kami terpaksa menggunakan kayu lain seperti Balau dan Pain. Apabila ada pembekal yang boleh membekal kayu tersebut, kami merasakan ini adalah rahmat yang harus dikongsikan kepada pelanggan semua.

Ini kerana Pokok Penaga mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Dari batang, daun, akar dan bunga mempunyai unsur pengubatan yang menjadi amalan turun temurun. Contohnya kulit pokok ini sangat berkhasiat untuk para ibu lepas bersalin untuk merawat bahagian pangkal peha terutama rahim. Sebahagian spesisnya mengandungi Calanolide A yang disahkan boleh merawat kanser dan AIDS.

Oleh itu Jana Herba telah mengambil langkah proaktif menggunakan pokok Penaga bagi barisan produk bertangas dan bersauna….Khasiat Pokok Penaga, manfaatnya sama dirasa.


Untuk keterangan lanjut hubungi :
En. Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Tel: 012-6963987
email : janaherba@gmail.com

Wednesday, August 30, 2017

20% KECERIAAN Untuk Rakyat Malaysia




Alhamdulillah... bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia dan kami berbangga dapat memberi walau sedikit sumbangan.

Sempena Kemerdekaan kita rakyat Malaysia yang ke 60, kesempatan kita menyambut Aidil Adha dan Hari Malaysia pada 16 September ini Jana Herba Engterprise ingin menyatakan rasa bersyukur dan berkongsi kesyukuran ini bersama rakyat Malaysia dengan memberi 20 peratus potongan untuk Set Tangas A1 kami.

 Set Tangas A1 yang fungsinya pelbagai telah lama menjadi pilihan pengusaha Spa, Spa bergerak maupun pengguna persendirian.

Tawaran potongan harga ini bermula 31 Ogos hingga 16 September 2017. Kami mengesyorkan kepada semua untuk mengambil kesempatan ini yang jarang kami lakukan dan nikmati faedah bertangas yang pelbagai.

hubungi kami segera:
Tel/SMS/Whatsapp: 012-6963987
email : janaherba@gmail.com
web : bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Saturday, January 14, 2017

Adakah Kita Masih Di Zaman Batu?...


Sepuluh tahun yang lalu  Jana Herba giat mempromosikan kaedah bertangas iaitu suatu kaedah masyarakat melayu yang semakin terpinggir. Banyak artikel dan rajah yang kami hasilkan untuk memberi pemahaman sejelas boleh kepada para pengguna. Kebanyakan artikel dan rajah tersebut boleh dilihat pada blogspot terawal kami seperti janaherba.blogspot.com dan yang terkini ialah bertangasdanmandiwap.blogspot.com

Ramai pengguna dan bakal pengguna telah mendapat manfaat daripada usaha kami dan memberi idea kepada pengusaha lain untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini. Untuk artikel mereka ada yang mengolah kembali artikel kami, ada yang meminta izin untuk menggunakan artikel dan gambar, tidak kurang juga yang menciplak bulat-bulat. 

Antara yang selalu diciplak ialah gambar set lengkap bertangas dan rajah bertangas dan perkara ini bebas di media sosial seperti blogspot, facebook, instagram dan sebagainya.






Atas nama mempromosikan kaedah bertangas Jana Herba boleh bertoleransi dalam beberapa perkara dan tidak dalam perkara yang melampau. 

Gambar yang kami hasilkan dibersihkan dan diletak nama dan nombor telefon mereka. Ada yang lebih "extream" mengaku mengeluarkan produk tersebut. 

Kepada yang menghubungi kami dan meminta izin diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya. Kepada mereka yang masih berfikiran Zaman Batu insaflah dan hormati hak orang lain.

Jika para pembaca melihat gambar gambar seperti diatas maka itu adalah hak eksklusif Jana Herba Enterprise dan sesiapa ingin menggunakannya harap dapat hubungi kami dan berilah sedikit kredit sebagai tanda terima kasih anda.


Sunday, December 11, 2016

Kerusi Tangas EZi Xtra - boleh lipat membuatkannya hebat


Sesiapa sahaja boleh membuat kerusi tetapi untuk kerusi yang boleh dilipat ianya memerlukan ketelitian dalam pembuatannya. Kerana itulah kerusi tangas baru kami melalui empat kali pembuatan prototaip. Ini kerana untuk memastikan setiap bahagian berfungsi dan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.





Tujuan utama pembuatan kerusi tangas yang boleh lipat adalah untuk berfungsi lebih daripada kerusi biasa dan pengguna mempunyai lebih pilihan apabila menggunakannya. Selain daripada itu ianya mudah dialih, mudah dibawa kemana mana dan mudah disimpan.





Jika anda menghargai apa yang telah kami usahakan anggaplah itu cara kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Call/SMS/Whatsapp :  012-6963987 atau 
layari : http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com